• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sapura Energy, Anak Syarikat Diberi Lanjutan Untuk Penstrukturan Semula Hutang

in Catalyst
A A
Sapura Energy Catat Kerugian Bersih RM669. 34 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Sapura Energy Bhd berkata Mahkamah Tinggi Malaya telah melanjutkan Perintah Sekatan dan Pertemuan selama sembilan bulan dari 11 Jun, 2023 hingga 10 Mac, 2024 kepada syarikat itu dan 22 anak syarikat milik penuhnya terhadap cadangan penstrukturan semula hutang.

Perintah tersebut, yang pada mulanya telah dikeluarkan oleh Mahkamah pada 8 Mac, 2023 menurut Seksyen 366 dan 368 Akta Syarikat, akan tamat tempohnya pada 11 Jun, 2023.

Ia berkata Perintah itu membolehkan setiap syarikat memanggil pemiutangnya untuk bermesyuarat bagi mempertimbangkan dan meluluskan cadangan skim pengaturan dan kompromi sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula hutang bagi seluruh kumpulan syarikat tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perintah Sekatan itu juga akan membantu syarikat yang terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu oleh ancaman litigasi yang boleh menjejaskan operasi mereka, kata penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah lanjutan itu diperlukan untuk syarikat memuktamadkan skim yang dicadangkan dengan pembiayanya dan pemiutang lain, berikutan kemajuan yang ketara dalam rundingan untuk menyelesaikan hutang tidak mampan dan hutang tertunggak mereka.

Sebaik sahaja skim yang dicadangkan itu dilaksanakan, Sapura Energy dan anak syarikatnya akan berusaha ke arah kemajuan seterusnya, iaitu mesyuarat yang diarahkan oleh mahkamah, yang dijangka diadakan pada penghujung Oktober 2023, jika tiada berlakunya sebarang keadaan diluar jangka.

“Walaupun kami mengakui proses rundingan yang panjang kerana ia rumit dan saiz penstrukturan semula ini, namun kami cukup yakin bahawa kami kini menghampiri beberapa kemajuan terakhir dalam perjalanan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Datuk Mohd Anuar Taib.

“Komitmen kami masih kekal – kami berazam untuk melindungi nilai semua pihak berkepentingan kami dalam ekosistem minyak dan gas,” tambahnya.

Skim penstrukturan semula Sapura Energy yang dicadangkan akan merangkumi potensi pelaburan kewangan daripada wira penyelamat berjumlah kira-kira RM1.8 bilion.

Syarikat itu telah melantik MIDF Amanah Investment Bank sebagai penasihat utama untuk membantu merangka pelan regularisasi yang akan dikemukakan kepada Bursa Malaysia dalam usahanya untuk keluar daripada status PN17.

Bagi pihak Sapura Energy, MIDF Amanah telah meminta kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan cadangan pelan regularisasi.

Sapura Energy berkata prestasi kewangannya telah menunjukkan kemajuan yang ketara, pulih daripada kerugian operasi sebanyak RM2.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya kepada keuntungan operasi sebanyak RM751 juta pada tahun kewangan 2023.

Syarikat itu berazam untuk meneruskan pemulihan dan terus meneroka peluang di kawasan yang paling berdaya saing untuk kumpulan iaitu di Hemisfera Timur dan Barat.

— BERNAMA

Tags: mahkamahPerintah SekatanPN 17Sapura Energy
Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In