• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

HSS Group Sasar Memenangi Kontrak Baharu RM300 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Syarikat Sekutu HSS Engineers Peroleh Kontrak ECRL Bernilai RM16.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Perunding kejuruteraan dan pengurusan projek, HSS Engineers Bhd (HEB) menyasarkan untuk memenangi kontrak baharu bernilai RM300 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.

Naib Pengerusi Eksekutif Tan Sri Ir. Kunasingam Sittampalam berkata buku tender kumpulan itu bernilai RM415 juta, dengan kadar kejayaan sebanyak 50 peratus berdasarkan rekod prestasinya dalam kejuruteraan, penyeliaan dan pengurusan projek.

Beliau berkata segmen rel merangkumi 50 peratus daripada jumlah projek dalam buku tender, manakala air mewakili 25 peratus, lebuh raya (15 peratus), dan infrastruktur (10 peratus).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kesemua ini adalah projek-projek di Malaysia dan ia tidak termasuk (projek) di luar negara,” katanya pada sidang media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini.

Kunasingam berkata sasaran 2023 adalah lebih rendah daripada sasaran RM500 juta pada 2022 kerana ia telah ditetapkan awal tahun ini apabila terdapat banyak ketidaktentuan dalam pasaran, termasuk senario politik tempatan.

“Kami akan mengkaji semula sasaran ini pada separuh kedua tahun ini.  

“Dengan pelancaran transit aliran ringan di Pulau Pinang, Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Johor, (projek) tebatan banjir, Lebuhraya Pan Borneo (yang diumumkan)…mungkin kami harus mengubah sasaran ini,” katanya.

Sementara itu, Kunasingam berkata HEB menjangkakan segmen yang baru diceburinya — pusat data — akan menyumbang sehingga 15 peratus kepada jumlah hasil kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan prospeknya yang menjanjikan pada masa hadapan.

Beliau berkata kumpulan itu telah mencapai kemajuan yang baik dalam menyokong pusat data Malaysia yang semakin berkembang dan baru-baru ini memperoleh kontrak RM8.9 juta untuk menyediakan reka bentuk kejuruteraan profesional dan perkhidmatan perundingan bagi cadangan pusat data Infinaxis Data Centre Sdn Bhd di Cyberjaya.

Sebelum itu HEB memenangi kontrak RM8.8 juta pada Januari 2023 untuk menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan projek pusat data Yellowwood dan pencawang elektriknya di Sedenak Tech Park, Johor, katanya.

Pada masa ini, perolehan nilai kontrak HEB berjumlah RM1.4 bilion yang merangkumi projek-projek nasional berimpak tinggi seperti kerja-kerja perundingan pengurusan projek untuk Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) dan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1, kerja-kerja perkhidmatan kejuruteraan untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dan projek-projek sektor air.

— BERNAMA

Tags: HSS EngineeringKunasingam SittampalamLebuhraya Pan BorneoMRTpengangkutanpusat datarel
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In