• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Meskipun Wall Street Catat Keuntungan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi di Amerika Syarikat dan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) pada minggu depan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.33 mata kepada 1,381.84 daripada 1,383.17 pada penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,382.0, turun 1.17 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 134 berbalas 114, manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 149.63 juta unit bernilai RM58.56 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup agak kukuh semalaman dengan kesemua tiga indeks utama kini berlegar pada paras tertinggi sembilan bulan.

“Bagaimanapun, kami berpendapat dagangan di bursa tempatan akan lemah kerana sentimen masih berhati-hati di tengah-tengah senario politik semasa,” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks utama dijangka berlegar dalam julat antara 1,380 dan 1,390 hari ini.

Beliau berkata pelabur mungkin memberi tumpuan kepada saham perbankan berikutan beberapa keputusan kukuh bagi suku pertama 2023 manakala indeks kewangan kini didagangkan pada paras terendah enam bulan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah dua sen kepada RM8.60 dan RM3.83, Tenaga Nasional turun satu sen menjadi RM9.29, Petronas Chemicals lebih rendah 10 sen untuk mencatatkan harga RM6.42 dan  CIMB lemah dua sen kepada RM4.86. 

Bagi saham aktif,  Classita menambah setengah sen kepada 13.5 sen, Revenue Group mengembang dua sen kepada to 31 sen manakala Meta Bright berkurangan setengah sen kepada 17 sen dan Leform tidak berubah pada 22 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 merosot 6.48 mata kepada 9,888.84, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 16.71 mata kepada 10,564.52 dan Indeks FBM ACE turun 5.20 mata kepada 5,034.21.

Indeks FBM Emas berkurangan 6.06 mata kepada 10,190.73 dan Indeks FBM 70 naik 3.77 mata kepada 13,479.79.

Mengikut sektor,  Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.18 mata kepada 159.60 dan Indeks Perladangan turun 7.39 mata kepada 6,704.04.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.79 mata kepada 15,109.58 dan Indeks Tenaga meningkat 0.03 mata kepada 790.46.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In