• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama Takaful Malaysia Naik Kepada RM93.44 Juta

in Catalyst
A A
Takaful Malaysia Umum Dividen Interim 13.5 Sen Bagi Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) meningkat kepada RM93.44 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 (S1 TK2023) daripada RM77.14 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil suku pertama juga meningkat kepada RM757.38 juta daripada RM639.52 juta sebelumnya, kata syarikat insurans itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata segmen takaful keluarganya menjana hasil lebih tinggi kepada RM232.0 juta pada S1 TK2023 daripada RM199.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh amaun yang lebih tinggi yang dikenakan untuk perlindungan takaful.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, takaful amnya merekodkan hasil sebanyak RM291.4 juta pada S1 TK2023, atau 25 peratus lebih tinggi berbanding RM232.6 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Hasil takaful yang lebih tinggi itu disebabkan oleh pendapatan yang lebih tinggi yang direkodkan daripada kelas perniagaan kebakaran dan motor,” katanya.

Mengenai prospek, kumpulan itu menyatakan perniagaan terasnya yang mantap dalam segmen bancatakaful, perbendaharaan, faedah pekerja dan takaful am terus bertapak kukuh untuk mengekalkan dan mengukuhkan kepimpinannya dalam industri takaful.

“Kepimpinan pasaran kami telah disokong oleh asas-asas kewangan yang teguh dan daya tahan operasi yang kukuh, membolehkan kami meneruskan prestasi perniagaan yang baik dalam era pasca pandemik.

“Kumpulan akan terus memanfaatkan kepimpinan pasaran kami dalam segmen teras ini untuk menyokong strategi pertumbuhan dan mengembangkan bahagian pasaran kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: bancatakafulinsuransKeputusanTakaful Malaysia
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In