• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Pertama IHH Melonjak Kepada RM1.39 Bilion

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih IHH Healthcare Melonjak Kepada RM612.20 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, meningkat kepada RM1.39 bilion daripada RM493.25 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Prestasi memberangsangkan itu dipacu terutamanya daripada keuntungan sekali daripada jualan International Medical University (IMU) dan pertumbuhan kukuh jumlah pesakit. 

Hasil meningkat 24 peratus kepada RM5.14 bilion daripada RM4.16 bilion sebelumnya, apabila kumpulan mencatatkan peningkatan jumlah pesakit dalam seluruh pasaran utamanya, kata IHH dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen khas 9.6 sen sesaham biasa bagi Tahun Kewangan 2023 daripada penjualan IMU, yang merupakan 100 peratus pembayaran keuntungan daripada jualan yang akan dibayar pada 30 Jun, 2023.  

Sementara itu, pulangan ke atas ekuiti kumpulan adalah pada 9.1 peratus setakat akhir Mac 2023.

Mengenai prospek masa depan, IHH berkata ia menjangkakan pertumbuhan hasil kukuh itu berterusan dan akan terus mengawal kos serta memanfaatkan sinergi operasi bagi mengurangkan ketidaktentuan jangka pendek daripada tekanan inflasi dan kadar faedah.

Kumpulan itu akan terus menyemak semula potfolio asetnya dan akan melupuskam mana-mana aset bukan teras dan/atau aset tidak berbayar pada masa yang sesuai. 

Pada 27 Feb, 2023 dan 31 Mac, 2023, kumpulan itu menyelesaikan masing-masing penjualan Gleneagles Chengdu Hospital dan IMU.

IHH berkata, selain itu, ia akan berkembang secara organik dengan menambah lebih daripada 2,000 katil baharu di Malaysia, India dan Türkiye dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain meneroka peluang strategik baharu bagi menampung peningkatan keperluan penjagaan kesihatan dan permintaan di dalam negara dan juga serantau. 

“Syarikat juga akan mencari peluang pendapatan untuk membeli aset di Asia dan Eropah, disokong oleh lembaran imbangannya yang kukuh.” katanya.  

— BERNAMA

TAG: IHH, keputusan, suku pertama, 1Q 2023, IMU, pelupusan, pesakit, pertumbuhan

Tags: 1Q 2023IHHIMUKeputusanpelupusanpertumbuhanpesakitsuku pertama
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In