• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih KPJ Melonjak Kepada RM51.9 Juta Bagi Suku Pertama

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM51.90 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 daripada RM22.14 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun kewangan 2022.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, KPJ menjelaskan perolehan pula meningkat kepada RM828.98 juta daripada RM641.64 juta, kenaikan sebanyak 29 peratus, bagi tempoh yang sama.

“Keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi suku ini adalah sebanyak RM190.2 juta, 27 peratus lebih baik daripada RM150.3 juta yang dicatatkan pada suku sama sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Keuntungan sebelum cukai pula menunjukkan prestasi cemerlang dengan RM77.6 juta, peningkatan sekali ganda daripada RM38.4 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Prestasi yang lebih baik ini didorong terutama oleh prestasi daripada segmen Malaysia,” jelasnya.

Menurut KPJ, perolehan lebih tinggi sebanyak RM828.98 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2023 adalah susulan peningkatan lawatan pesakit dan kadar penghunian katil masing-masing kepada 821,126 pesakit daripada 786,421 pesakit dan 70 peratus daripada 48 peratus.

“Segmen Malaysia menyumbang peningkatan perolehan sebanyak RM182.1 juta pada suku ini kepada RM800.7 juta daripada RM618.6 juta pada suku pertama tahun kewangan 2022. Kenaikan ini mewakili 97 peratus daripada jumlah kenaikan bagi syarikat ini,” tambahnya.

KPJ kekal optimis dengan potensi pertumbuhan segmen pelancongan kesihatan dengan lebih banyak ketibaan pelancong dijangka pada 2023.

“Kami menjangkakan penstabilan beransur-ansur bagi peningkatan pasaran domestik. Tumpuan kami kekal kepada inisiatif yang bertujuan meningkatkan kecekapan, kapasiti tambahan operasi yang diperkenalkan pada 2022, dan meningkatkan intensiti perolehan dengan menyediakan perkhidmatan khusus,” menurutnya.

Dividen interim satu peringkat sebanyak 0.65 sen bagi setiap saham biasa yang akan dibayar pada 4 Julai, 2023.

— BERNAMA

Tags: dividenkeuntungan bersihKPJ Healthcare Bhdperolehan
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In