• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Econpile Peroleh Kontrak Kerja Cerucuk Bernilai RM43.8 Juta Di Kemboja

in Catalyst
A A
Econpile Peroleh Kontrak Kerja Cerucuk Bernilai RM43.8 Juta Di Kemboja
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Pakar kerja-kerja cerucuk dan asas Econpile Holdings Bhd mengukuhkan lagi kehadirannya di Kemboja dengan memperoleh kontrak cerucuk US$9.5 juta (kira-kira RM43.8 juta) untuk projek pembangunan aras tinggi bercampur.

Anak syarikat milik penuh Econpile di Kemboja, Global Piling Solutions Co Ltd, memperoleh surat penerimaan daripada Odom Living Co Ltd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan dinding “diafragma” bagi pihak Odom Development di Norodom Boulevard, Sangkat Tonle Bassac di Phnom Penh.

Tempoh projek akan mengambil masa selama 248 hari mulai 1 Jun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Econpile Holdings Bhd Raymond Pang berkata usaha Econpile dalam mengukuhkan kehadirannya di Kemboja dilihat berjaya membuahkan hasil.

Perolehan kontrak baharu ini katanya merupakan projek kedua mereka di negara itu, meningkatkan lagi reputasi dan meletakkan syarikat dengan baik untuk meraih tender projek pada masa depan.

“Usaha kami untuk menyokong projek aras tinggi ini setara dengan skop kepakaran kami dan membolehkan kami menyokong landskap Kemboja yang berubah-ubah.

“Pasukan jentera kami, pasukan sedia ada serta kebiasaan kami dengan kedinamikan industri di Phnom Penh dilihat dapat memberi kelebihan kami dalam melaksanakan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kontrak baharu itu menjadikan kontrak yang berjaya diraih kumpulan itu sehingga kini kepada RM266.7 juta dan meningkatkan nilai perolehan semasanya kepada RM410 juta, yang akan diiktiraf sehingga 2024.

Sebelum ini, Econpile telah memperoleh kontrak pertamanya di Kemboja bernilai US$85.7 juta (RM347.6 juta) pada Disember 2020 bagi menjalankan kerja-kerja cerucuk dan substruktur untuk kompleks hiburan bersepadu di Phnom Penh.

— BERNAMA

Tags: EconpileGlobal Piling Solution Co LtdKembojakontrak kerja-kerja cerucukOdom Living Co LtdRaymond Pang
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In