• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, September 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Petunjuk Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia rendah pada sesi awal urus niaga pagi Rabu apabila pelabur terus menumpukan perhatian kepada undian siling hutang Amerika Syarikat (AS) manakala Wall Street tidak banyak menyediakan petunjuk selepas mempamerkan prestasi semalaman yang bercampur-campur.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

Namun begitu, indeks barometer dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,395.12.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 183 berbalas 137, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,727 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM292.03 juta bernilai RM125.18 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup  bercampur-campur semalaman dengan Dow Jones susut 0.2 peratus selepas data keyakinan pengguna pada Mei 2023 merosot ke paras terendah enam bulan, manakala S&P 500 ditutup mendatar.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata pelabur mungkin memihak kepada sektor teknologi memandangkan Nasdaq melonjak melebihi paras 13,000, manakala kaunter tenaga boleh diperbaharui diunjur menjadi tumpuan berikutan langkah kerajaan untuk melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.

Pada masa yang sama, ia percaya tekanan jualan dijangka dilihat dalam sektor membabitkan tenaga selepas harga minyak mentah susut kepada US$73 setong.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank menokok empat sen kepada RM8.63, manakala Public Bank, CIMB dan Maxis meningkat dua sen, masing-masing mencatatkan harga RM3.86, RM4.91 dan RM4.29 dan Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM6.76 .

Tenaga Nasional susut 10 sen kepada RM9.52 dan CelcomDigi lebih rendah lapan sen kepada RM4.49.

Antara saham aktif,  Radium Development yang baharu disenaraikan di Pasaran Utama merosot 11.5 sen kepada 38.5 sen dan Aimflex turun 1.5 sen kepada 15.5 sen, manakala Revenue Group menokok setengah sen kepada 27 sen dan MyEG naik tiga sen pada 82 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.42 mata kepada 10,273.69, Indeks FBMT 100 lebih lemah 6.65 mata kepada 9,976.25 danIndeks FBM Emas Syariah menguncup 23.52 mata kepada 10,630.89

Indeks FBM ACE pula merosot 42.40 mata kepada 4,924.69 manakala Indeks FBM 70 peroleh 0.50 mata kepada 13,551.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 50.77 mata kepada 15,320.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.33 mata menjadi 162.19, Indeks Perladangan kerugian 47.23 mata kepada 6,700.27 dan Indeks Tenaga turun 9.29 mata kepada 817.75.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiapembukaansiling hutang AS
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In