• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih TNB Naik Kepada RM1 Bilion Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
TNB Jangka Tarif Elektrik Lebih Rendah Tahun Depan

Kredit Gambar: Laman Web TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak 12.2 peratus kepada RM1 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM893.10 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Peningkatan ini kebanyakannya disebabkan oleh peruntukan cukai yang lebih rendah diiktiraf pada suku di bawah kajian, hasil daripada penggunaan insentif elaun pelaburan semula lebih tinggi, kata syarikat utiliti itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sementara itu, hasil meningkat 3.9 peratus kepada RM12.63 bilion daripada RM12.15 bilion sebelum disebabkan oleh jualan elektrik yang lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TNB berkata perbelanjaan operasi meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada RM14.44 bilion daripada RM13.43 bilion, kebanyakannya susulan kos penjanaan yang lebih tinggi membawa kepada Ketidakseimbangan Kos Laluan (ICPT) yang lebih tinggi di bawah pemulihan diiktiraf pada suku tersebut.

Bagaimanapun terdapat pembalikan bersih dalam kemerosotan nilai instrumen kewangan berjumlah RM48.7 juta yang diiktiraf dalam tempoh semasa disebabkan peningkatan dalam aliran kutipan.

“Hasilnya, TNB mencatatkan keuntungan operasi yang lebih rendah sebanyak RM2.08 bilion, berkurangan sebanyak RM287.5 juta daripada tempoh sebelumnya,” katanya.

Mengenai prospek, TNB berkata ia menjangkakan prestasi yang munasabah untuk tahun 2023 selpeas nikmati pendapatan suku pertama yang lebih baik daripada pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 0.8 peratus dan akan terus berhati-hati dengan cabaran akan datang termasuk harga bahan api tinggi dan inflasi.

“Kumpulan itu akan terus mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya untuk memastikan ia kekal berdaya tahan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: elektrikinflasikeuntungan bersihsuku pertamaTNB
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In