• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Petronas Chemicals Merosot Kepada RM523 Juta Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) bagi suku kewangan pertama berakhir 31 Mac, 2023 merosot kepada RM532 juta daripada RM2.07 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

PCG berkata pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasannya (EBITDA) lebih rendah sebanyak RM1.3 bilion atau 55 peratus pada RM1.1 bilion kebanyakannya disebabkan oleh tebaran produk lebih rendah dan kos tenaga dan utiliti lebih tinggi.

Bagaimanapun, hasil meningkat 14 peratus kepada RM7.56 bilion daripada RM6.63 bilion sebelumnya, berikutan kemasukan sumbangan hasil daripada anak syarikat yang baru diambil alih dan volum jualan lebih tinggi tetapi sebahagiannya diimbangi oleh harga produk lebih rendah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

PCG berkata hasil untuk segmen olefin dan derivatif lebih tinggi sebanyak RM650 juta atau 24 peratus pada RM3.4 bilion terutamanya disebabkan oleh volum jualan lebih tinggi dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.

Hasil segmen khususnya meningkat sebanyak RM1.2 bilion kepada RM1.7 bilion, kebanyakannya susulan kemasukan anak syarikat yang baru diambil alih.

Namun, hasil segmen baja dan metanol turun sebanyak RM897 juta atau 27 peratus kepada RM2.4 bilion kebanyakannya disebabkan oleh harga produk yang lebih rendah tetapi sebahagiannya diimbangi oleh kelemahan ringgit berbanding dolar US.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata walaupun syarikat itu melihat beberapa pergerakan positif di beberapa wilayah terpilih pada suku pertama, keseluruhan sektor kimia kekal berhati-hati memandangkan harga tenaga yang masih tidak menentu.

“Terdapat sedikit peningkatan dalam permintaan daripada China pasca Tahun Baharu Cina untuk bahan kimia terpilih tetapi kami masih belum melihat pemulihan yang bermakna.

“Sebaliknya, kos operasi telah meningkat disebabkan kesan inflasi ke atas gas dan bahan api, ia meningkatkan kos tenaga dan utiliti, mengecilkan lagi tebaran produk dan menambah tekanan pada margin,” katanya.

Kumpulan itu terus berhati-hati dengan prospek untuk tahun 2023 susulan kebimbangan terhadap sektor perbankan Amerika Syariakt dan potensi kesannya terhadap ekonomi global, perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan di China, katanya.

— BERNAMA

Tags: Mohd Yusri Mohamed YusofPCGpetronas chemicals
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In