• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini di tengah-tengah laporan menyatakan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) kini menghampiri mencapai persetujuan mengenai siling hutang AS.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.

Indeks barometer mengukuh 2.49 mata untuk dibuka pada paras 1,405.47.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 186 berbalas 163, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,697 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 323.64 juta unit bernilai RM149.84 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berita terbaharu bahawa perjanjian sementara telah dicapai untuk mengelakkan keingkaran AS mungkin mendorong beberapa aktiviti pembelian di pasaran serantau, termasuk bursa tempatan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,400-1,410 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur juga dijangka turut memantau PMI Pembuatan Global S&P Malaysia dan AS serta kadar pengangguran AS minggu ini.

Ia berkata minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$76 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) melepasi paras RM3,500 satu tan boleh melonjakkan permintaan bagi minyak dan gas serta kaunter berkaitan sawit.

Malacca Securities berkata pergerakan rancak di Wall Street Nasdaq pada Jumaat lepas sepatutnya turut menular melibatkan saham teknologi tempatan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM8.59, Petronas Chemicals meningkat 6.0 sen menjadi RM7.01, Public Bank susut 1.0 sen kepada RM3.89, Tenaga Nasional lemah 4.0 sen kepada RM9.65 manakala CelcomDigi tidak berubah pada RM4.46.

Bagi kaunter aktif, Cloudpoint Technology naik 14.0 sen kepada 52.0 sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 4.0 sen, YTL Corporation peroleh 4.0 sen kepada 87.5 sen, Classita Holdings menambah 1.0 sen kepada 12.5 sen, manakala Vinvest Capital tidak berubah pada 6.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 15.04 mata kepada 10,311.48, Indeks FBMT 100 naik 14.87 mata kepada 10,017.50 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 9.04 mata kepada 10,678.07.

Indeks FBM 70 mengembang 67.10 mata kepada 13,547.10 dan Indeks FBM ACE susut 9.14 mata kepada 4,971.76.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.70 mata kepada 164.78, Indeks Perladangan turun 9.29 mata kepada 6,745.97, Indeks Tenaga menambah 3.62 mata kepada 811.93 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 32.35 mata kepada 15,336.78.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessiling hutangThong Pak Leng
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In