• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Agak Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini, disokong oleh belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan harga yang lebih rendah selepas kerugian baru-baru ini di kaunter tertentu telah menarik minat pelabur.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.96 mata kepada 1,410.58 daripada 1,409.62 pada penutup semalam.

Indeks barometer dibuka pada tahap 1,408.94, turun 0.68 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 205 berbalas 123, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 201.88 juta unit bernilai RM71.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, rundingan yang lebih lama daripada jangkaan mengenai siling hutang Amerika Syarikat terus mencetuskan kebimbangan dalam pasaran tempatan dan serantau.

“Walau bagaimanapun, aktiviti memburu saham murah dijangka mucul dalam kaunter yang mempunyai prospek menggalakkan di tengah-tengah musim pelaporan pendapatan yang berterusan.

“Bagi komoditi, minyak mentah Brent didagangkan melebihi US$78 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melepasi RM3,400 satu tan dan emas pula melebihi US$1,950 setiap auns,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 5.0 sen kepada RM8.61, Petronas Chemicals menambah 6.0 sen menjadi RM7.01, Tenaga Nasional naik 5.0 sen untuk mencatatkan harga RM9.57 dan CIMB Group menokok 2.0 sen kepada RM5.00, manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.92.

Bagi kaunter aktif, Parkson Holdings meningkat 2.5 sen kepada 17.5 sen, Iris Corporation mengembang 1.0 sen kepada 11.5 sen manakala Bahvest Resources, Tanco Holdings dan Kanger International masing-masing memperoleh setengah sen kepada 19.5 sen, dan 55.5 sen sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang  4.40 mata kepada 10,344.88 dan Indeks FBMT 100 mengukuh 4.86 mata kepada 10,048.55 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 6.35 mata kepada 10,710.44,

Indeks FBM 70 susut 1.75 mata kepada 13,507.51 dan Indeks FBM ACE turun 4.23 mata kepada 4,943.57.

Mengikut  sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.34 mata kepada 164.34, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 36.35 mata menjadi 15,385.68, manakala Indeks Perladangan berkurangan 47.02 mata kepada 6,889.65 dan Indeks Tenaga menguncup 2.07 mata kepada 828.07.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In