• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen

in Catalyst
A A
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM317.92 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 berbanding RM236.15 juta pada suku sama tahun lepas berikutan peningkatan tawaran pelanggan dan kualiti rangkaian yang kukuh.

Hasil meningkat kepada RM3.18 bilion daripada RM1.52 bilion sebelum ini, manakala perolehan asas sesaham menyusut kepada 2.71 sen daripada 3.04 sen.

Syarikat itu mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 3.2 sen sesaham berjumlah sehingga RM375 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam kenyataan hari ini, pengendali rangkaian mudah alih terbesar negara itu berkata syarikat merekodkan pertumbuhan hasil kasar dan keuntungan yang positif, menghasilkan aliran tunai bebas yang baik sebanyak RM696 juta.

Hasil perkhidmatan naik 0.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2.67 bilion, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menokok 3.4 peratus tahun ke tahun kepada RM1.5 bilion dengan margin EBITDA yang kukuh pada 47.5 peratus.

Keuntungan selepas cukai ternormal, tidak termasuk kesan daripada susut nilai cepat (item bukan tunai) meningkat 16.0 peratus tahun ke tahun kepada RM579 juta.

“CelcomDigi telah mempercepat aktiviti integrasinya dan terus menumpukan kepada pengalaman pelanggan yang lebih baik.

“Selepas perbelanjaan modal (capex) dicepatkan pada suku keempat tahun kewangan 2022 ketika fasa perancangan integrasi, syarikat terus melabur capex sebanyak RM108 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 bagi memenuhi keperluan kapasiti yang meningkat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu gembira dengan keputusan positif pada suku pertama, yang dilaksanakan selaras dengan bimbingannya.

“Kami mengekalkan asas kukuh untuk beroperasi sebagai syarikat berprestasi tinggi, mengamalkan kecemerlangan operasi. Kami sedang mempercepat usaha integrasi yang menyeluruh, menumpukan kepada membawa manfaat penggabungan kepada pelanggan kami dalam tempoh paling singkat.

“Usaha integrasi organisasi berada di landasan yang tepat, dan syarikat telah beroperasi sebagai entiti tunggal sejak hari pertama, dengan pasukan pengurusan tunggal dan fokus yang teliti untuk memberikan yang terbaik kepada kedua-dua jenama berserta tawaran lebih baik, rangkaian dan pengalaman runcit kepada 20.2 juta pelanggan kami,” katanya.

Idham berkata Celcomdigi teruja dengan prospek 5G dan berharap akan memainkan peranan langsung dan lebih aktif untuk melaksanakan rangkaian 5G negara, disokong oleh penyampaian rangkaian 4G yang terluas dan moden di Malaysia.

“Kami juga kekal komited untuk memacu pertumbuhan dalam pergabungan dan penyelesaian perusahaan, memanfaatkan teknologi baharu dan perkongsian dalam penyelesaian 5G, kecerdasan buatan dan Internet Pelbagai Benda — banyak aspek yang boleh diharapkan pelanggan daripada kami pada masa hadapan,” katanya.

Pada rehat tengah hari, saham Celcomdigi meningkat 1.14 peratus kepada RM4.44 dengan 632,100 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: 4GcapexCelcomDigiIdham NawawiKeputusansuku pertamatelekomunikasi
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In