• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Catat Untung Bersih RM240 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama Sime Darby Turun 12.3 Peratus Kepada RM207 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Sime Darby Bhd mencatatkan kemerosotan dalam keuntungan bersihnya kepada RM240 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mac, 2023 (S3 TK2023) berbanding RM244 juta pada suku yang sama tahun lalu disebabkan keuntungan yang lebih rendah daripada perniagaan motornya di China dan kos kewangan yang lebih tinggi.

Hasil, bagaimanapun meningkat 9.5 peratus kepada RM11.53 bilion daripada RM10.52 bilion sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) bahagian motor kumpulan merosot sebanyak 28.3 peratus kepada RM170 juta pada S3 TK2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah dari China akibat margin yang lebih rendah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Sebahagian daripada Impak itu dikurangkan oleh hasil kukuh daripada operasi di Malaysia dan Singapura,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kumpulan itu telah bertapak dalam pasaran automotif di Indonesia melalui usaha sama baharunya dengan PT Performance Motors Indonesia sebagai langkah strategik untuk terus mengukuhkan permainan serantau.

“Ini menandakan penerokaan pertama kami di Indonesia untuk perniagaan motor kami, bertujuan bagi mengembangkan lagi kehadiran kami dalam pasaran ini.

“Kami juga baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Chery Automobile untuk pemasangan kenderaan Chery di kemudahan pengeluaran dan pemasangan kenderaan bermotor kami, Inokom di Kulim, Kedah sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembangkan portfolio pemasangan kami,” katanya.

Sementara itu, Sime Darby berkata keuntungan yang lebih rendah pada suku dalam tinjauan sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada perniagaan perindustriannya.

PBIT kumpulan untuk bahagian perindustrian meningkat sebanyak 57.3 peratus kepada RM236 juta pada S3 TK2023, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang lebih tinggi dari Australasia.

Jeffri memberitahu kumpulan itu menandatangani perjanjian pada Mac untuk memperoleh Onsite Rental Group Ltd, peneraju dalam pasaran penyewaan peralatan perlombongan dan pembinaan, dan pembelian itu selesai pada April 2023.

“Perjanjian ini penting dalam menyediakan kepelbagaian kepada peralatan sewa industri kami merentasi pelbagai industri di pasaran Australia.

“Memandangkan permintaan kukuh dalam sektor ini di Australia, kami tidak sabar untuk melihat Onsite menyumbang kepada pendapatan kumpulan sambil mengembangkan jejak geografi kami dalam bahagian Perindustrian kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanmotorSime Darbysuku ketiga tahun kewangan
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In