M+ Global menawarkan akses tanpa tandingan kepada syarikat global terkemuka seperti Apple, Tesla, Alibaba, Tencent dan banyak lagi.
Kuala Lumpur, 24 Mei 2023 – Malacca Securities Sdn Bhd mengumumkan pelancaran M+ Global, sebuah platform dagangan global sehenti serba lengkap untuk semua peniaga yang menawarkan akses kepada pelbagai peluang pelaburan antarabangsa, bermula dengan dua pasaran saham terbesar di dunia – Amerika Syarikat dan Hong Kong.
M+ Global merupakan platform dagangan digital serba baharu yang memberikan rakyat Malaysia kuasa untuk mengharungi pasaran dinamik global, merebut peluang, dan menjamin masa depan kewangan mereka. Melalui satu akaun, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih daripada 7,000 penyenaraian saham di Amerika Syarikat, 3,000 di Hong Kong dan derivatif boleh niaga tanpa had, seperti waran, ETF, CBBC dan REIT. Akses yang tiada tandingan terhadap pertukaran asing ini membolehkan rakyat Malaysia melabur dalam syarikat besar seperti Apple, Tesla, Alibaba, Tencent, dan banyak lagi.
Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn Bhd, Lim Chia Wei berkata, “Kami cukup gembira untuk membantu rakyat Malaysia menguasai pasaran dunia bersama dengan M+ Global. Dengan tawaran akses terhadap pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang pelaburan yang lebih besar dalam beberapa syarikat terbesar dan paling berjaya merentasi pelbagai sektor dan industri di seluruh dunia.”
M+ Global ialah platform dagangan digital pertama di Malaysia yang menawarkan data masa nyata dengan kerjasama National Association of Securities Automated Quotations (NASDAQ). Syarikat teknologi global terkemuka ini menyediakan perkhidmatan perdagangan, pertukaran teknologi dan maklumat kepada pasaran kewangan dunia. Melalui perkongsian ini, rakyat Malaysia kini akan mendapat akses kepada Real-Time-Quotes (RTQ), yang pasti dapat melancarkan pengalaman pelaburan mereka dan membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum dengan akses kepada harga sebenar sekuriti dalam masa nyata.
Tambahan pula, M+ Global ialah satu-satunya platform dagangan digital di Malaysia yang menawarkan ciri Shariah Screening (Penapisan Syariah) untuk saham global. Ini membolehkan rakyat Malaysia mengenal pasti saham yang menepati piawaian Syariah dengan cekap dan tepat pada skala global. Ciri unik platform ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui perkongsian bersama dengan IdealRatings Inc., peneraju global dalam sektor penyelesaian kewangan Islam. Pelabur yang ingin melabur mengikut prinsip Islam kini boleh mengenal pasti dan memperoleh akses segera kepada pilihan saham patuh Syariah yang komprehensif.
Ketua Perniagaan Malacca Securities Sdn Bhd, Chuck Lim berkata, “Kami ingin memperkasakan pengguna kami dengan alatan dan maklumat yang mereka perlukan untuk berjaya. Kami gembira untuk menawarkan pengguna kami platform lancar yang menggabungkan teknologi termaju dan maklumat pasaran masa nyata. Dengan M+ Global, peniaga boleh menyelusuri dunia pelaburan global yang rumit dengan mudah dan yakin bagi membuka pintu kepada pertumbuhan dan kejayaan, semuanya berada di hujung jari mereka.”
M+ Global merupakan platform pintar yang disepadukan dengan pemantauan penggerak saham 24/7 dan berita masa nyata. Ia memberikan pengguna akses eksklusif kepada maklumat kewangan global untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai peristiwa yang menggerakkan pasaran dan membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum. Pengguna boleh memperibadikan berita di dalam watchlist mereka, menyesuaikan makluman yang diterima, dan mendapatkan berita segera daripada sumber berita kewangan utama seperti Benzinga, MT Newswire dan banyak lagi.
Dengan lebih daripada dua ratus wakil peniaga berlesen dan berpengalaman dalam dunia perdagangan asing, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran mereka dan kembangkan portfolio mereka melalui pelaburan global untuk saham patuh Syariah dan bukan Syariah di pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong pada harga yang kompetitif.
M+ Global menawarkan sokongan pelanggan unik dengan perkhidmatan sokongan pelanggan 24 jam pelbagai saluran melalui live chat aplikasi, WhatsApp, talian hotline, e-mel dan strim langsung.

Untuk meraikan pelancaran ini, M+ Global menawarkan saham percuma di bawah kempen “Unbox Mystery Stock”! Bermula dari 15 Mei 2023, pengguna baharu yang mendaftar untuk akaun M+ Global akan menerima satu (1) peluang unboxing untuk mendapatkan satu (1) saham percuma secara rawak (Apple, Tesla, Google, Shell, Coca-Cola, Manchester United, Krispy Kreme atau Snapchat) apabila mereka meletakkan deposit sekurang-kurangnya RM1,000 ke dalam akaun mereka buat kali pertama. Selain itu, mereka juga boleh mengakses sebut harga langsung percuma mengenai pasaran Amerika Syarikat dan Hong Kong selama tiga puluh hari (30).
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang M+ Global, sila layari https://global.mplusonline.com/. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Unbox Mystery Stock”, sila layari: https://m.global.mplusonline.com/activitiesr/mystery-box?activityId=14&_scnl=WSI2. M+ Global kini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar untuk akaun M+ Global di sini: https://m.global.mplusonline.com/kh/status/entry/transit?lang=en_US&_scnl=WSI2