• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mulakan Dagangan Pagi Ini Rendah Sedikit

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini, namun pemulihan dalam saham wajaran tinggi terpilih telah sedikit sebanyak mengehadkan kerugian yang dialami.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.23 mata kepada 1,418.77 daripada 1,419.00 pada penutup semalam.

Indeks barometer dibuka pada paras 1,418.32, turun 0.68 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 200 berbalas 171, manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,608 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 292.07 juta unit bernilai RM131.07 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, dengan penyambungan semula perbincangan mengenai siling hutang di Amerika Syarikat (AS), sentimen pasaran dijangka bertambah baik sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, aktiviti pengimbangan semula FBM KLCI akan bermula tidak lama lagi dan mungkin memberi kesan kepada pergerakan saham wajaran tinggi.

“Dari segi komoditi, minyak mentah Brent kekal melebihi paras US$75 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar sekitar RM3,400 satu tan. Harga emas pula kekal di bawah US$2,000 setiap auns,” katanya.

“Sementara itu, kami memilih sektor tenaga, telekomunikasi dan utiliti menjelang pengumuman keputusan kewangan suku tahunan korporat. Selain itu, kami berpendapat saham penerbangan dijangka didagangkan lebih tinggi selepas AirAsia X (AAX) berjaya mengumpul dana,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 7.0 sen kepada RM8.65, Petronas Chemicals meningkat 5.0 sen untuk mencatatkan harga RM7.01 manakala Tenaga Nasional dan CIMB Group masing-masing turun 4.0 sen kepada RM9.56 dan RM5.01.

Public Bank, bagaimanapun, tidak berubah pada RM3.95.

Bagi kaunter aktif, Revenue Group dan Bahvest Resources meningkat setengah sen setiap satu kepada 30.5 sen dan 16.0 sen, Pharmaniaga meraih 4.0 sen kepada 39.0 sen, Autocount Dotcom memperoleh 1.0 sen kepada 68.0 sen manakala Tanco tidak berubah pada 52.0 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 0.72 mata menjadi 10,415.15, Indeks FBMT 100 susut 0.67 mata kepada 10,113.79 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 7.89 mata kepada 10,781.27.

Indeks FBM 70 menambah 3.14 mata kepada 13,623.83 manakala Indeks FBM ACE turun 30.76 mata kepada 4,924.77.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 0.35 mata kepada 165.43, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.57 mata kepada 15,502.20, Indeks Perladangan susut 26.56 mata kepada 7,001.73 dan Indeks Tenaga menguncup 2.87 mata kepada 839.06.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In