• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Supermax Catat Kerugian Bersih Suku Ketiga Berjumlah RM39.92 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Supermax Merosot Kepada RM5.71 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Supermax Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM39.92 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2023 daripada keuntungan bersih RM13.01 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil turun kepada RM175.74 juta daripada RM407.80 juta setahun lepas, kata pembuat sarung tangan lateks itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata berbanding setahun lepas, persekitaran operasi yang semakin lemah telah menyaksikan hasil dan kerugian kumpulan merosot dengan ketara, terutamanya disebabkan kejatuhan berterusan dalam harga jualan purata sarung tangan (ASP) dan peningkatan kos.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu berkata ASP terus merosot berikutan persaingan pasaran yang sengit, terutamanya daripada pengilang China dalam segmen sarung tangan nitril.

Ia juga berkata faktor penyumbang lain kepada prestasi yang lebih lemah termasuk kehilangan jualan daripada pasaran utama kerana perintah tahan pelepasan (WRO) yang dikenakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) pada Oktober 2021 kekal dilaksanakan.

Selain itu, Supermax menyatakan bahawa permintaan pasaran global adalah perlahan akibat daripada lebihan stok semasa kemuncak pandemik, dan peningkatan dalam kos operasi termasuk kos tenaga/utiliti yang tinggi.

Ia juga berkata rosot nilai aset tetap berjumlah RM23 juta pada suku tersebut yang berpunca daripada penutupan tiga kilang lama turut menyumbang kepada penurunan prestasi.

Mengenai prospek pasaran, Supermax berkata keseimbangan antara permintaan-penawaran menunjukkan tanda-tanda peralihan yang menggalakkan dengan dinamik perniagaan yang bertambah baik selepas dua tahun aliran menurun daripada kemuncak lonjakan yang didorong oleh pandemik.

Ia mendapati bahawa ASP secara umumnya telah stabil walaupun ia kekal menghampiri paras terendah, terutamanya dalam segmen nitril yang dibina dengan kapasiti besar oleh pengeluar China semasa pandemik, terus mengganggu harga, walaupun dilihat kurang agresif berbanding sebelum ini.

Katanya, persaingan sengit dalam pasaran sarung tangan juga menyebabkan pemain kecil baharu dan sedia ada terpaksa keluar, terutamanya mereka yang masuk lewat dalam pasaran dan tidak dapat bersaing.

“Banyak pengeluar sedia ada juga telah mengurangkan atau menghentikan sepenuhnya rancangan pengembangan kapasiti mereka, malah ada yang mengambil peluang untuk menutup kilang lama dan/atau barisan pengeluaran yang tidak lagi cekap,” katanya.

Kumpulan itu dijangka dapat meningkatkan produktivitinya, menurunkan kos seunit dan meningkatkan daya saing serta keuntungan keseluruhan pada masa hadapan, berikutan ia menggantikan barisan pengeluaran lama dengan barisan pengeluaran baharu yang berkapasiti dan berkecekapan lebih tinggi sambil mengekalkan tenaga kerja sedia ada melalui penempatan semula ke kilang baharu.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: keputusan suku ketiga 2023prospek pasaranSupermax Corp
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In