• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rugi Bersih Suku Pertama Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM27.66 Juta

in Catalyst
A A
Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM33.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd berkurangan kepada RM27.66 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM30.37 juta pada suku sama tahun lepas.

Menurut penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara itu, prestasi yang lebih baik antaranya disumbangkan oleh tawaran perkhidmatannya yang meneraju pasaran dan pengurusan kos berkesan yang berterusan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pos Malaysia berkata perolehannya turun kepada RM482.27 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 daripada RM484.35 juta sebelum ini berikutan perolehan perniagaan pos yang menyusut 13 peratus tahun ke tahun, terutamanya disebabkan perniagaan kurier yang merosot.

“(Keadaan ini disebabkan) pengurangan dalam keseluruhan jumlah bungkusan susulan peningkatan sumber dalaman oleh pemain pasaran e-dagang, peralihan permintaan daripada membeli-belah dalam talian kepada pembelian secara fizikal dan persaingan yang meningkat daripada pemain kurier lain,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.

“Penambahbaikan itu boleh dikaitkan dengan langkah kawalan kos yang teguh dan produktiviti yang semakin baik, malah turut menggambarkan keuntungan bahagian pasaran dan program peningkatan hasil yang berterusan dalam sektor kurier,” katanya.

Brewer berkata di sebalik cabaran berkenaan, kumpulan kekal optimis namun berhati-hati untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada 2023.

— BERNAMA

Tags: KeputusanPos MalaysiaSuku Pertama Tahun Kewangan 2023
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In