• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

DXN Holdings Catat 69 Sen Pada Kemunculan Pertama Di Pasaran Utama

in Saham
A A
DXN Holdings Catat 69 Sen Pada Kemunculan Pertama Di Pasaran Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) —  DXN Holdings Bhd (DXN) yang melakar kemunculan pertama di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini, menyaksikan harga sahamnya dibuka pada 69 sen iaitu diskaun satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 70 sen.

Pada loceng pembukaan, sejumlah 12.71 juta sahamnya diniagakan.

Pengasas dan Pengerusi Bukan Bebas DXN Datuk Lim Siow Jin berkata syarikat itu telah berjaya mengumpul sebanyak RM112.0 juta menerusi tawaran runcitnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM80.0 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembayaran balik pinjaman bank manakala RM7.9 juta untuk keperluan modal kerja, terutama bagi pembelian bahan mentah penting untuk penghasilan barangan siap dan bahan pembungkusan utama.

“Sebanyak RM24.1 juta lagi akan digunakan bagi menampung yuran dan perbelanjaan IPO DXN dan penyenaraian di Pasaran Utama,” katanya kepada pemberita selepas acara penyenaraian syarikat tersebut di sini, hari ini.

Berdasarkan terbitan saham biasa DXN sebanyak 4.9 bilion, permodalan pasaran syarikat berkenaan adalah kira-kira RM3.4 bilion.

Syarikat produk pengguna berteraskan kesihatan serta kesejahteraan itu mempunyai sebanyak 452 unit penyimpanan stok (SKU) dalam portfolio produk dengan 327 SKU dihasilkan sendiri atau secara dalaman.

Pada masa ini, syarikat terbabit mempunyai 79 cawangan jualan serta 12 agensi pengedaran luaran secara eksklusif di 48 negara.

Bagi kemajuan masa depan, Lim berkata syarikat itu menyasarkan untuk memperluaskan lagi kehadiran di Amerika Selatan dan Afrika Utara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Kami menjangkakan dapat beroperasi di Brazil dan Argentina menjelang akhir tahun selain di Ghana, Nigeria serta Algeria menjelang akhir tahun depan.

“Adalah diharapkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun ini, kami dapat membuat persiapan secukupnya untuk menembusi pasaran seterusnya iaitu di China,” katanya.

DXN pernah disenaraikan di Pasaran Utama pada 2003 namun dinyahsenarai pada Disember 2011 berikutan usaha menjadikannya sebuah syarikat persendirian.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: DXN HoldingsIPOPasaran Utamasaham
Share308ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In