• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Penswastaan Bouestead Holdings Terus Raih Momentum – LTAT

in Catalyst
A A
LTAT Peroleh Lanjutan Tempoh Berkaitan Cadangan Penswastaan Boustead

Kredit Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini mencatat kemajuan dalam usaha bagi penswastaan Boustead Holdings Berhad (BHB).

Dalam kenyataannya hari ini, LTAT berkata pada masa ini pegangannya dalam BHB adalah 90.49 peratus yang dikumpul daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka serta penerimaan daripada pemegang saham menerusi.

“Bagi mengelakkan keraguan, pada tarikh notis tawaran, pegangan saham LTAT dalam BHB adalah sebanyak 59.42 peratus,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

LTAT telah mengeluarkan notis mengenai tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat kepada Lembaga Pengarah BHB pada 2 Mac 2023, bagi baki 40.58 peratus saham tidak dimilikinya untuk tawaran tunai sebanyak RM0.855 sesaham. 

Menurutnya, dokumen tawaran berserta borang penerimaan dan pindahan saham telah dihantar kepada pemegang saham BHB pada 23 Mac, 2023, dan diikuti dengan pekeliling nasihat bebas dikeluarkan oleh Kenanga Investment Bank Berhad pada 17 April, 2023, yang mengesyorkan pemegang saham untuk menerima tawaran itu.

Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman menyifatkan perkembangan terkini itu sebagai detik penting dalam urus niaga korporat LTAT kerana membolehkannya menyahsenaraikan BHB dalam tempoh tarikh tutup pertama pada 22 Mei, 2023, tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang diperolehi bagi memenuhi syarat tawaran.

“Namun begitu, tawaran ini kekal bersyarat sehingga mendapat kelulusan badan kawal selia,” katanya.

Menerusi penswastaan itu, LTAT dapat mempercepat usaha pemulihan BHB sebagai sebahagian daripada matlamat utama dalam menstabilkan semula portfolio pelaburannya dan memastikan kemampanan dana dalam jangka panjang.

“Pemulihan tersebut akan melibatkan penstrukturan semula kumpulan, rasionalisasi kewajipan membayar hutang BHB dan pelaksanaan aktiviti penciptaan nilai,” katanya.

— BERNAMA

Tags: BousteadLTATpenswastaantawaran
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In