• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Pada Sesi Pembukaan Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR,18 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka agak tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini tetapi susut beberapa minit kemudian meskipun Wall Street bergerak rancak semalaman selepas pasaran menjangkakan pencapaian positif daripada rundingan siling hutang Amerika Syarikat yang sedang berlangsung, kata seorang peniaga.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.49 mata kepada 1,422.85 daripada 1,424.34 pada penutup Rabu.

Indeks barometer dibuka 0.40 mata lebih tinggi pada 1,424.74.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 158 berbalas 120, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,734 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 236.98 juta unit bernilai RM93.64 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, rundingan berterusan mengenai siling hutang AS menyumbang kepada prestasi kukuh semalaman Wall Street sambil menambah pasaran juga telah mengurangkan pendedahan kepada emas.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$75 satu tan manakala minyak sawit mentah turun di bawah paras RM3,500 satu tan dan harga emas pula susut di bawah US$2,000 seaun.

“Berikutan prestasi positif Wall Street, kami percaya peniaga mungkin melihat sektor yang lebih berisiko tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM8.73 dan RM7.00, TNB susut 12 sen kepada RM9.63 dan CIMB turun satu sen menjadi RM4.97 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.96 .

Bagi saham aktif, Revenue dan Dagang NexChange naik satu sen setiap satu kepada 32 sen dan 46.5 sen, YTL Corporation turun satu sen menjadi 74 sen, manakala Bahvest Resources, Classita dan Meta Bright tidak berubah, masing-masing mencatatkan 11.5 sen, 15 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.61 mata kepada 10,434.83, Indeks FBMT 100 susut 7.24 mata menjadi 10,129.28, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 12.47 mata kepada 10,799.19 dan Indeks FBM ACE lemah 3.58 mata kepada 4,993.20. 

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 meningkat 4.31 mata kepada 13,588.33.

Bagi segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.02 mata kepada 166.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 7.23 mata kepada 15,512.84 dan Indeks Tenaga menambah 3.06 mata kepada 837.63.

Indeks Perladangan bagaimanapun turun 27.25 mata kepada 7,021.17.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIhutangMalacca SecuritiesWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In