fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sunway Beli Tanah Pegangan Bebas Di Sri Hartamas Pada Harta RM170 Juta

in Catalyst
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Sunway Living Space Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Bhd (Sunway) menandatangani perjanjian jual beli dengan Kar Sin Bhd, anak syarikat YNH Property Bhd, untuk memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Sri Hartamas pada harga pertimbangan RM170 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, konglomerat hartanah, pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan hospitaliti berkata, tanah seluas 2.06 hektar (5.09 ekar) adalah untuk cadangan pembangunan bercampur yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan, runcit dan suite kesihatan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekurang-kurangnya RM850 juta.

“Pembangunan itu juga boleh dibayangkan sebagai pembangunan berorientasikan transit dengan penduduk dapat menikmati ketersambungan dari stesen MRT Sri Hartamas dan Mont’Kiara yang dirancang.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

“Syarikat juga merancang untuk memasukkan konsep kesihatan ke dalam podium runcit yang dibangunkan secara bercampur bagi mempromosikan kehidupan yang sihat dan mampan,” katanya.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata pihaknya teruja untuk memasukkan tanah di kawasan utama itu ke dalam portfolio syarikat dan meneruskan komitmen bagi mencipta komuniti bersepadu yang bertenaga.

“Kami menyasarkan untuk melancarkan pembangunan ini pada awal 2025. Ia memberi keyakinan kepada kami terhadap pasaran hartanah Malaysia dan kami yakin pembangunan ini akan sangat diingini dalam kalangan pelbagai segmen pelanggan kami,” katanya.

Sunway berkata cadangan pengambilalihan itu adalah bersyarat atas kelulusan pemegang saham YNH Property Bhd, Kar Sin Bhd, dan Sunway Living Space Sdn Bhd, dan dijangka selesai pada suku keempat 2023.

“Dengan pengambilalihan ini, Sunway Property terus mengukuhkan kehadirannya di sekitar Kuala Lumpur, menambah portfolio pembangunan kediaman mewahnya seperti Sunway Mont, Vivaldi dan Palazzio.

“Dengan jumlah bank tanah seluas 3,063 ekar dan potensi GDV sebanyak RM48.9 bilion dalam tempoh lebih 15 tahun, Sunway Property bersedia untuk pertumbuhan yang berdaya tahan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: kesihatanpembangunanSarena CheahSri HartamasSunway
Share241ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In