• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Lemah Pengaruhi Selera Risiko Di Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Mei  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.16 mata kepada 1,421.34 daripada 1,423.5 pada penutup Selasa. Indeks barometer dibuka pada paras 1,422.01, susut 1.49 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 135 berbalas 98, manakala 199 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan 104.99 juta unit bernilai RM43.32 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) lebih lemah apabila pelabur masih menantikan berita mengenai rundingan siling hutang antara pemimpin kongres dan Presiden AS Joe Biden, dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mengulangi bahawa jika siling hutang tidak dinaikkan, negara itu mungkin berisiko mungkir terhadap obligasi hutangnya seawal 1 Jun.

Firma broker itu menambah memandangkan ketidaktentuan di AS, ia percaya tekanan jualan mungkin melimpah ke pasaran tempatan, sekali gus mengehadkan potensi peningkatan pada FBM KLCI.

“Kami berpendapat peniaga mungkin menumpukan pada saham defensif dalam sektor telekomunikasi, utiliti dan pengguna.

“Sementara itu, kami berpihak kepada saham berkaitan pelancongan dan penjagaan kesihatan berikutan pembukaan semula sempadan China,” katanya dalam nota hari ini.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng pula menyatakan sentimen keseluruhan kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan di AS.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,415-1,425,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals susut dua sen setiap satu  kepada RM8.71 dan RM7.05, Tenaga turun lapan sen menjadi RM9.65 manakala Public Bank dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM3.95 dan RM4.99 .

Bagi saham aktif, Classita, Vinvest dan ATA IMS meningkat setengah sen setiap satu kepada 15.5 sen, sembilan sen dan 28.5 sen, YTL Corporation menambah satu sen kepada 67.5 sen manakala Silver Ridge turun setengah sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 10.03 mata kepada 10,409.35, Indeks FBMT 100 susut 14.17 mata kepada 10,101.32, Indeks FBM Emas Syariah turun 16.74 mata kepada 10,762.64 dan Indeks FBM 70 kerugian 13.89 mata kepada 13,479.45.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE memperoleh 10.93 mata kepada 5,011.5. 

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.24 mata kepada 166.98 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 8.65 mata kepada 15,539.79, manakala Indeks Tenaga susut 0.22 mata menjadi 833.72 dan Indeks Perladangan turun 14.94 mata kepada 6,918.78.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIhutangJanet YellenJoe BidenMalacca SecuritiesRakuten TradeWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In