“Meriah bulan Mei dengan pembukaan permohonan IPO kepada awam”
Bulan Mei ini sangat meriah dengan IPO-IPO yang dibuka permohonannya kepada orang awam. Synergy House Berhad merupakan salah satu daripada banyak IPO yang dibuka untuk permohonan.
Tetapi, sebelum memohon apa-apa IPO, lebih baik kita ambil tahu dulu serba sedikit maklumat tentang IPO tersebut. Artikel kali ini akan menyenaraikan 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum memohon IPO Synergy House Berhad.
1. Latar Belakang Syarikat Synergy House Berhad

Synergy House Berhad merupakan syarikat perabot yang banyak mengeksport produknya ke luar negara dan mempunyai platform e-commerce untuk jualan perabot mereka.
IPO ini pula bakal disenaraikan pada hujung bulan Jun 2023 dan tarikh terakhir untuk memohon IPO ini adalah pada 18 Mei 2023.
Harga IPO yang ditawarkan adalah RM0.43 seunit dan pelabur sudah boleh memohon IPO ini sejak 12 Mei yang lepas.
2. Status Syariah IPO Synergy

Menurut sumber daripada prospektus Synergy ini, saham yang didagangkan adalah patuh syariah dan status syariah ini adalah daripada Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sendiri.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

Saham baru yang diterbitkan syarikat ini adalah sebanyak 130 juta unit dan hanya 25 juta unit yang bakal direbutkan oleh pelabur awam di bank. Separuh daripada jumlah tersebut adalah untuk pemohon pelabur bumiputera dan separuh lagi untuk pelabur selain bumiputera.
Secara keseluruhan, jumlah saham syarikat ini akan menjadi 500 juta dan menjadikan nilai pasaran syarikat ini sekitar RM215 juta.
4. Pemilik Terbesar Saham Syarikat

Terdapat tiga pemilik terbesar syarikat ini dan masing-masing memiliki saham Synergy dan dua daripadanya memiliki saham ini secara tidak terus dan hanya seorang sahaja memiliki saham Synergy secara terus.
Masing-masing akan melepaskan sedikit jumlah pegangan saham sedia ada untuk proses terbitan awam ini menjadikan jumlah terakhir saham yang dimiliki adalah seperti gambar di atas.
5. Pendapatan Syarikat Terkini

Keuntungan kasar syarikat untuk tiga tahun terkini meningkat, cuma margin pendapatan pada tahun 2021 berkurangan sebelum meningkat kembali pada tahun 2022.
Daripada hasil jualan syarikat ini, kebanyakan sumbangan hasil jualan adalah daripada perniagaan Business to Business (B2B).
6. Kegunaan Dana IPO

Dana yang diperoleh daripada terbitan IPO ini akan digunakan untuk enam perkara seperti yang dinyatakan di atas. Antara kegunaan yang besar daripada dana IPO ini adalah untuk:
- Beli inventori sebanyak 29.07%
- Modal perniagaan sebanyak 22.21%
- Bayaran semula pinjaman sebanyak 29.07%
7. Polisi Dividen Syarikat

Dalam prospektus Synergy, syarikat ini tidak meletakkan sebarang polisi dividen untuk pelabur mereka.
8. Pesaing Dalam Industri Yang Sama

Untuk industri perkhidmatan pengguna, Synergy tidak lari daripada pesaing yang menjalankan perniagaan yang serupa. Antara pesaing yang ada adalah seperti:-
- Homeritz Corporation Berhad
- Ecomate Holdings Berhad
- Mobilia Holdings Berhad
9. Market Share Dalam Industri

Untuk perniagaan perabot rumah, market share syarikat ini untuk eksport adalah sebanyak 1.72% untuk tahun 2022.
10. Harga Sasaran Oleh Penganalisis

Untuk saham syarikat Synergy House Berhad, penganalisis daripada TA Securities menyasarkan nilai ‘Fair Value‘ saham ini sekitar RM0.45.
Jika dibandingkan dengan harga tawaran IPO saham syarikat ini pada RM0.43, harga sasaran penganalisis adalah sekitar 4.7% lebih tinggi daripada harga tawaran.
Sumber: Prospektus Synergy House Berhad
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




