• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hextar Global Ambil Alih Perniagaan Dagangan Kimia, Jual Segmen Produk Pengguna

in Catalyst
A A
Hextar Beli Nobel Group Dengan Nilai RM105 Juta Perluas Kedudukan Dalam Sektor Bahan Kimia Khusus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Syarikat agrokimia Hextar Global Bhd memeterai tiga perjanjian berasingan yang akan menyaksikan kumpulan itu mengambil alih perniagaan dagangan kimia (cadangan pembelian) serta menjual keseluruhan pegangannya dalam segmen produk penggunanya (cadangan penjualan). 

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata langkah ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan lagi operasi kumpulan bagi menumpukan kepada perniagaan kimia terasnya. 

Menerusi cadangan pengambilalihan itu, Hextar memeterai perjanjian jualan saham bertarikh 15 Mei, 2023, dengan Hextar Holdings Sdn Bhd (HHSB) untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dan mendapatkan pemilikan penuh Hextar Industrial Chemicals Sdn Bhd (HICSB) daripada HHSB dengan bayaran RM10 juta. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bayaran tunai akan dibiayai menerusi dana daripada syarikat itu sendiri. 

Kumpulan itu berkata cadangan pengambilalihan tersebut merupakan langkah seterusnya strategi pempelbagaian Hextar, yang bertujuan meningkatkan lagi penyertaannya dalam industri kimia khusus. 

“Dengan mempelbagaikan hasil, Hextar akan dapat membangunkan potensinya untuk mencapai pertumbuhan mampan,” katanya dalam satu kenyataan berasingan. 

Bagi cadangan penjualan itu, Hextar akan menjual Halex Woolton (M) Sdn Bhd dan Halex Marketing Sdn Bhd kepada pihak ketiga bukan berkaitan dengan jumlah bayaran RM3.5 juta.

Cadangan penjualan itu tidak dijangka membawa sebarang impak ketara kepada prestasi kewangan kumpulan kerana segmen produk pengguna mencatatkan kerugian dan dianggap sebagai aktiviti perniagaan bukan teras Hextar. 

Susulan cadangan pengambilalihan dan penjualan itu, Hextar akan menumpu kepada dua bahagian perniagaan terasnya iaitu agrokimia dan kimia khusus. 

“Susulan kajian semula prestasi dan prospek segmen produk pengguna, lembaga pengarah dan pengurusan memutuskan untuk menamatkan segmen perniagaan ini dan melabur serta menumpukan semula sumbernya dalam perniagaan yang akan menyediakan pertumbuhan keuntungan yang kukuh bagi Hextar. 

“Perniagaan kimia khusus terbukti mempunyai potensi pertumbuhan seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kewangan syarikat baru-baru ini,” kata pengarah eksekutif kumpulan Lee Chooi Keng. 

Lee berkata kedua-dua cadangan itu akan membolehkan kumpulan kekal berada di landasan untuk mengembangkan perniagaan terasnya. 

“Kami berhasrat untuk meningkatkan gabungan kepakaran, pengetahuan dan kekuatan untuk memanfaatkan manfaat sinergi perniagaan kimia diperbesar kami dan kami komited kepada pelaburan yang  sedang kami usahakan dalam keupayaan teras kami yang membezakan kami daripada persaingan,” kata Lee. 

— BERNAMA

Tags: Hextar Global Berhadpengambilalihanpenjualanperjanjianproduk pengguna
Share272ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In