• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniaga Tinggi Pada Sesi Awal Dagangan, Sentimen Serantau Bertambah Baik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Selasa, dengan indeks penanda aras dibuka tinggi, didorong oleh sentimen serantau yang bertambah baik selepas Wall Street meraih keuntungan semalaman.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.75 mata kepada 1,420.12 daripada 1,417.37 pada penutup Isnin. Indeks utama itu dibuka 0.55 mata lebih baik pada 1,417.92.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 130 berbalas 111, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan 139.28 juta unit bernilai RM50.34 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup pada tahap positif malam tadi di tengah-tengah rundingan mengenai siling hutang AS yang akan disambung semula hari ini, dengan pasaran optimis perjanjian boleh dicapai lebih awal daripada jangkaan.

Di peringkat domestik, beliau berpendapat aktiviti memburu saham murah akan muncul dalam masa terdekat berikutan kemerosotan selama seminggu selain mengunjurkan kedua-dua saham bank dan syarikat telekomunikasi akan menjadi pilihan teratas dalam senarai belian.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran dalam julat 1,415 dan 1,425 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.70 manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB menokok dua sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM3.96, RM7.00 dan RM5.00.

HH Healthcare naik empat sen kepada RM5.95. Tenaga, bagaimanapun, susut empat sen kepada RM9.48.

Bagi saham aktif, Vinvest menokok setengah sen kepada 18.5, Bahvest turun setengah sen kepada 11.5 sen, manakala Classita dan VSolar tidak berubah pada 16 sen dan setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.98 mata kepada 10,392.61, Indeks FBMT 100 memperoleh 14.76 mata kepada 10,087.87 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 7.09 mata kepada 10,734.63.

Indeks FBM ACE menokok 11.44 mata kepada 4,992.45 manakala indeks FBM 70 lebih rendah 0.05 mata kepada 13,441.64.

Mengikut  sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.28 mata kepada 166.0, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 42.63 mata kepada 15,532.02 dan Indeks Tenaga mengembang 3.43 mata kepada 830.82.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan turun 6.33 mata kepada 6,885.39.

— BERNAMA

Tags: bankBursa MalaysiaFBM KLCIhutangRakuten TradeTelcoThong Pak Leng
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In