• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MR DIY Melonjak Kepada RM127.77 Juta

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 meningkat kepada RM127.77 juta daripada RM100.50 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh hasil dan keuntungan kasar yang lebih tinggi.

Hasil meningkat sebanyak 15.6 peratus kepada RM1.04 bilion daripada RM905.16 juta, terutamanya didorong oleh peningkatan bilangan kedai, yang tumbuh 18.8 peratus tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 1,125.

“Ini membawa kepada peningkatan dalam jumlah urus niaga, yang meningkat 18.1 peratus tahun ke tahun kepada 38.2 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023,” kata peruncit peralatan pembaikan rumah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia juga berkata hasil yang lebih tinggi serta penurunan dalam kos pengangkutan, berikutan permintaan global untuk pengangkutan menurun, membawa kepada peningkatan 30.6 peratus tahun ke tahun dalam keuntungan kasar kepada RM463.3 juta.

Kumpulan itu berkata ia kekal optimistik tentang prospek masa hadapannya walaupun tekanan inflasi dan kadar faedah meningkat, yang terus memberi kesan kepada kos sara hidup dan pendapatan boleh guna isi rumah.

“Kumpulan kekal komited untuk mengurangkan tekanan inflasi dan membantu rakyat Malaysia berjimat dengan menyediakan barangan keperluan harian yang berpatutan dan bernilai untuk wang.

“Kami akan terus mencipta nilai yang mampan untuk semua pihak berkepentingan dengan mengoptimumkan kos dan inovasi kepada strategi dagangan kami, untuk memberi kesan positif kepada komuniti tempat kami beroperasi,” katanya.

Kumpulan itu juga menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu merentas ketiga-tiga jenama — MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR — pada tahun 2023, yang akan menjadikan jumlah rangkaian kedai kepada lebih 1,200 kedai di seluruh negara.

Ia menambah bahawa ini bagi menepati janji untuk menawarkan pelanggan sebanyak 20,000 unit penyimpanan stok produk di lokasi yang boleh diakses dengan mudah di seluruh negara.

— BERNAMA

Tags: kedaiKeputusanMR D.I.Y Groupsuku pertama
Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In