• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada sesi awal dagangan Jumaat susulan tindakan berhati-hati pelabur selepas Wall Street susut dalam senario sentimen yang kekal lemah akibat kebimbangan berkaitan had siling hutang Amerika Syarikat (AS) dan kestabilan industri perbankan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.72 mata kepada 1,428.90 daripada 1,428.90 pada akhir dagangan Khamis.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 146 berbanding 112 manakala 238 kaunter tidak berubah;  1,765 tidak diniagakan dan 32 lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 207.34 juta unit bernilai RM90.55 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur di Wall Street kini mengalihkan minat terhadap saham-saham teknologi berikutan jangkaan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah sehingga bulan depan.

“Pada masa ini, pasaran Nasdaq lebih kukuh berbanding pergerakan Indeks Dow Jones.

“Di peringkat tempatan, pelabur berkemungkinan sudah mula meletakkan kedudukan masing-masing dalam saham-saham yang kukuh sebelum bermulanya musim pelaporan pendapatan,” katanya.

Ia turut menyifatkan sektor teknologi berkemungkinan menyaksikan pemulihan susulan momentum di Nasdaq.

Dalam pada itu, aktiviti pengambilan untung berkemungkinan dijangkakan terus berlaku dalam sektor teknologi manakala pelabur diunjur memilih kaunter emas berikutan harganya yang kukuh ketika ini.

Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu menyifatkan miyak mentah Brent susut di bawah paras US$75 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM3,600 satu tan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan hts, Maybank naik satu sen kepada RM8.75; Petronas Chemicals untung enam sen kepada RM7.22; CIMB meraih dua sen kepada RM4.97 dan Tenaga Nasional melonjak 11 sen pada RM9.20 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.01.

Bagi saham aktif, Zen Tech, Vinvest and Widad mendatar pada 2.0 sen, 19.5 sen dan 42.5 sen manakala Dagang Nexchange susut 1.0 sen to 45 sen dan Salutica naik 7.5 sen kepada 95.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 12.68 mata kepada 10,443.61; Indeks FBMT 100 menokok 13.14 mata kepada 10,140.66 manakala Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 19.63 mata kepada 10,788.18.

Selain itu, Indeks FBM ACE menambah 1.19 mata kepada 5,027.39 namun Indeks FBM 70 susut 37.59 mata kepada 13,472.36.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 168.48; Indeks Tenaga berkurangan 4.53 mata kepada 827.28; Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 15.10 mata kepada 15,603.32 dan Indeks Perladangan menokok 10.43 mata kepada 6,924.74.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awal
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In