• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BDB Infra Terima Kontrak Penyelenggaraan Jalan Bernilai RM204 Juta

in Catalyst
A A
BDB Infra Terima Kontrak Penyelenggaraan Jalan Bernilai RM204 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

ALOR SETAR, 11 Mei (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd (BDB), BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) dianugerahkan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri bernilai RM204 juta setelah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada kerajaan Kedah.

Projek penyelenggaraan tersebut adalah bagi tempoh 36 bulan bermula 15 Mei ini hingga 14 Mei 2026 yang melibatkan Zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB Raja Shahreen Raja Othman berkata penganugerahan itu merupakan pengiktirafan kepada Kumpulan BDB dan BDB Infra di atas pencapaian dan rekod kerja baik yang dilaksanakan sepanjang projek-projek penyelenggaraan sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini menunjukkan kerajaan negeri Kedah yakin dengan kemampuan yang dimiliki dan Kumpulan BDB  dan akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang besar ini dengan sebaik mungkin.

“Di samping itu, penganugerahan projek itu juga dijangka akan turut memberi impak yang pendapatan per saham syarikat untuk tempoh kewangan 2023 hingga 2026,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BDB Infra merupakan kontraktor Gred G7 yang mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang cemerlang hampir 50 tahun dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya serta kuari di utara tanah air.

Pada 2020, BDB Infra juga telah dianugerahkan kontrak selama tiga tahun bernilai RM210 juta daripada kerajaan negeri Kedah bagi tujuan penyelenggaraan jalan di beberapa daerah di Kedah.

— BERNAMA

Tags: BDBBDB Infrajalankontrakpenyelenggaraan
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In