• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Catat Kerugian Bersih RM218 juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM218.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 berbanding keuntungan bersih RM3.23 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024. 

Perolehannya bagi tahun yang dikaji susut kepada RM2.40 bilion daripada RM7.89 bilion setahun lalu, di tengah-tengah tekanan semasa dan situasi lebihan bekalan dalam sektor sarung tangan, kata Hartalega dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Melalui satu kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata keadaan pasaran sekarang yang sukar pada tahun kewangan 2023 terus menjejaskan keuntungannya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kuan Mun Leong menjelaskan Hartalega bertuah kerana memiliki pengalaman selama lebih tiga dekad sehingga mampu mengharungi badai semasa dan cabaran masa depan yang sudah pasti akan memberi kesan kepada sektor berkenaan. 

“Persaingan global yang memuncak dalam sektor pembuatan sarung tangan menuntut kami menyesuaikan diri termasuk mengembangkan strategi pertumbuhan syarikat bagi mengekalkan tonggak kami. Oleh itu, kami telah memulakan Pelan Strategik lima tahun untuk memastikan kemampanan perniagaan jangka panjang kumpulan,” katanya. 

Pelan strategik itu melibatkan rasionalisasi operasi dengan penyahtauliahan kemudahan Bestari Jaya kumpulan untuk meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos.

Semalam, kumpulan itu mengumumkan rancangannya untuk menghentikan pengeluaran di empat kilang di Bestari Jaya sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi operasinya yang berterusan. 

“Pihak pengurusan telah mengkaji semula jumlah harta, loji dan peralatan, modal kerja dalam kemajuan dan aset tidak ketara serta telah mengiktiraf kerugian rosotnilai sebanyak RM 347 juta pada tahun kewangan 2023. 

“Kumpulan itu dijangka mengiktiraf peruntukan selanjutnya bagi kos pemberhentian kerja dan perbelanjaan obligasi kontrak kira-kira RM70 juta pada tahun kewangan 2024,” kata kumpulan itu.

Kuan berkata walaupun rasionalisasi kapasiti dalam sektor itu dijangka berterusan, halangan yang dihadapi sektor berkenaan berkemungkinan akan berterusan dalam jangka pendek hingga sederhana. 

“Selain ketidakseimbangan pasaran, pengeluar sarung tangan juga berhadapan dengan persekitaran kos operasi yang lebih tinggi, dengan tekanan terhadap margin operasi semakin bertambah,” katanya. 

Prestasi kumpulan juga dipengaruhi oleh harga jualan purata dan jumlah jualan yang lebih rendah disebabkan oleh keadaan lebihan bekalan global serta pelarasan inventori rantaian bekalan yang berterusan, selain pengurangan penggunaan pengeluaran termasuk kos operasi yang lebih tinggi seperti tenaga dan kos buruh.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaHartalegaKeputusansarung tangan
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In