• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia susut pada awal dagangan Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi ketika sentimen berhati-hati ketara di pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang kurang memberangsangkan.

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.02 mata kepada 1,430.72 daripada 1,433.74 pada akhir dagangan semalam.

Sewaktu urus niaga dimulakan, indeks pemacu pasaran itu susut 2.16 mata kepada 1,431.58.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 220 berbanding 107 manakala 230 kaunter lain tidak berubah; 1,685 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 285.98 juta unit bernilai RM144.17 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatat prestasi bercampur-campur pada akhir dagangan menjelang pengumuman data inflasi utama manakala Dow Jones merosot 56 mata dan S&P 500 serta Nasdaq masing-masing tidak banyak berubah.

“Kami optimistik namun berhati-hati terhadap pasaran tempatan dalam tempoh terdekat berikutan sokongan daripada institusi tempatan dan dana asing yang kembali ke pasaran.

“Berikutan itu, kami menjangkakan FBM KLCI dalam julat 1,425-1,440 pada hari ini.

“Pada masa sama, mungkin terdapat tekanan jualan ke atas stok minyak dan gas berikutan minyak mentah Brent yang susut kepada US$76.60 setong,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan CIMB susut satu sen masing-masing pada RM8.75, RM4.0 dan RM5.15; Petronas turun tiga sen kepada RM7.14 manakala Tenaga Nasional rugi dua sen pada RM9.03.

Bagi saham aktif, kemunculan pertama Autocount di Pasaran ACE mendapat reaksi positif apabila meningkat 68 sen kepada RM1.01; Salutica menambah 5.5 sen kepada 98 sen manakala Icon dan Vinvest masing-masing menambah setengah sen kepada 9.0 sen dan 20.5 sen.

Hong Seng dan Fitters turun setengah sen setiap satu masing-masing kepada 11.5 sen dan 0.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 22.68 mata kepada 10,443.83; Indeks FBMT 100 turun 23.43 mata kepada 10,137.33 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 23.61 mata kepada 10,734.25.

Indeks FBM ACE berkurangan 5.90 mata kepada 5,116.31 dan Indeks FBM 70 susut 39.64 mata kepada 13,400.36.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kehilangan 0.10 mata kepada 170.23; Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.04 mata kepada 15,725.75; Indeks Tenaga berkurangan 4.33 mata kepada 835.99 manakala Indeks Perladangan naik 2.82 mata kepada 6,831.38.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakutenWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In