• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Peningkatan Semula Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin, dipacu minat risiko dalam pasaran yang bertambah baik susulan Wall Street meningkat pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.12 mata kepada 1,434.16 daripada 1,431.04 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.26 mata lebih kukuh kepada 1,432.30.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 199 berbanding 123, manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,693 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 224.99 juta unit bernilai RM77.31 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street pulih pada Jumaat lepas daripada penyusutan selama empat hari, dengan Indeks Dow Jones meningkat 1.7 peratus didorong oleh data pekerjaan dan keuntungan korporat yang kukuh sekali gus mengimbangi kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

“Kami berpandangan peningkatan semula yang bersifat meluas dan ketara di Wall Street minggu lepas boleh meningkatkan keyakinan pelabur dalam bursa serantau dan tempatan.

“Beberapa petunjuk ekonomi utama akan dikeluarkan minggu ini termasuk kadar inflasi AS, kadar pengangguran Malaysia dan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menjelaskan dari segi komoditi, harga minyak mentah Brent meningkat melebihi US$75 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) berlegar di atas RM3,600 satu tan manakala harga emas susut namun kekal melebihi US$2,000 bagi setiap auns.

Lonjakan ketara Nasdaq pada hujung minggu mungkin membawa kepada momentum belian di kaunter teknologi, tambahnya.

Beliau berkata pelabur juga mungkin mendapat peluang membeli di kaunter berkaitan emas memandangkan harga emas yang berdaya tahan.

“Sementara itu, sektor kenderaan elektrik mungkin mendapat perhatian apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menekankan hasrat Malaysia menarik lebih banyak syarikat China untuk memacu sektor automotif domestik sejajar dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” jelasnya.

Daripada kaunter wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM8.74, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah satu sen kepada RM4.02 dan RM8.99, Petronas Chemicals dan CIMB pula masing-masing menokok empat sen RM7.10 dan RM5.17.

Antara saham aktif, Vinvest dan Computer Forms masing-masing naik satu sen kepada 21 sen dan 25.5 sen, Salutica meningkat 10 sen kepada 72.5 sen, manakala Hong Seng dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 12 sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.30 mata kepada 10,479.55, Indeks FBMT 100 naik 19.88 mata kepada 10,173.71 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 13.64 mata kepada 10,772.38.

Indeks FBM ACE menokok 1.47 mata kepada 5,214.47 dan Indeks FBM 70 meningkat 16.81 mata kepada 13,498.34.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.01 mata kepada 170.50, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 51.43 mata kepada 15,760.17 dan Indeks Tenaga meningkat 8.83 mata kepada 837.07.

Indeks Perladangan naik 2.12 mata kepada 6,835.91.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessektor automotifWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In