fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Prestasi IPO Untuk Suku Pertama Tahun 2023

in Saham
A A
Prestasi IPO Untuk Suku Pertama Tahun 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Masih untung ke semua IPO yang disenaraikan pada tahun 2023 hari ini?”

Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk bulan Mei tahun 2023 dan telah berlalu suku pertama tahun 2023. Kepada pelabur IPO yang berjaya mendapat terbitan awal saham syarikat ini, nampaknya sakan beraya tahun ini. 

Secara keseluruhan, semua IPO yang didagangkan pada suku pertama tahun 2023 ini, semuanya untung pada hari pertama dagangan. 

Artikel kali ini, kita nak lihat sama ada IPO-IPO yang didagangkan setakat tahun 2023 ini masih untung atau sudah lebih rendah daripada harga penyenaraian. 

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

100% IPO Untung Pada Hari Pertama Didagangkan 

Sumber: Bursa Malaysia

Untuk suku pertama tahun 2023, terdapat 9 IPO syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia untuk pasaran utama dan pasaran ACE seperti jadual diatas. 

Dua daripada IPO diatas, tidak mendapat status syariah daripada SAC iaitu IPO Cape EMS Berhad dan Oppstar Berhad. *Untuk IPO Oppstar Berhad, status syariah interim daripada pihak ketiga, Shariah Screener.

Berdasarkan jadual di atas, kepada pelabur yang menjual IPO pada hari pertama, semuanya berjaya meraih keuntungan lebih daripada 10%. Ini bermakna, pelaburan IPO untuk tahun 2023 setakat ini memberikan keuntungan kepada pelabur. 

Tetapi adakah semua IPO ini masih untung kepada yang masih simpan saham-saham ini dalam portfolio mereka jika kita bandingkan dengan harga IPO ketika disenaraikan?

Prestasi IPO Untuk Suku Pertama Tahun 2023

Sumber: Bursa Malaysia

Berdasarkan carta daripada Bursa Malaysia di atas, daripada 9 IPO yang disenaraikan untuk tahun 2023 ini, dua daripadanya telah didagangkan lebih rendah daripada harga tawaran IPO tersebut. Dua IPO tersebut adalah DS Sigma Holdings Berhad dan Kumpulan Kitacon Berhad.

IPO DS Sigma Holdings Berhad ditawarkan pada harga RM0.55 seunit, pada 30 Mac 2023, harga saham ini ditutup pada paras RM0.435 seunit. Kejatuhan hampir 21% berbanding harga tawaran IPO syarikat ini. 

IPO kedua yang telah rugi pula adalah Kumpulan Kitacon Berhad. IPO syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.68 seunit, harga akhir saham ini pada 30 Mac 2023 adalah pada paras RM0.645 seunit. Jatuh sekitar 5% daripada harga tawaran IPO-nya. 

Tiga IPO yang masih cemerlang kenaikan harganya adalah IPO syarikat TT Vision Berhad, Oppstar Berhad dan Nationgate Holding Berhad yang masing-masing masih merekodkan kenaikan harga lebih daripada 200% untuk suku pertama tahun 2023.

Apakah Nasib IPO Seterusnya Yang Bakal Diterbitkan Tahun 2023?

Kita sedia maklum bahawa banyak lagi IPO yang bakal diterbitkan pada tahun 2023 ini. Persoalannya, adakah IPO-IPO ini bakal membuat keuntungan pada hari pertama dagangan seperti yang sebelum ini?

Atau kita bakal menyaksikan IPO pertama yang rugi pada hari pertama dagangan tahun 2023 kelak? 

Jika ada peluang memohon IPO seterusnya, adakah anda akan “all in”?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: 1q2023Bursa MalaysiaFBM KLCIIPO
Share436ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In