• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street berikutan kebimbangan mengenai krisis perbankan di Amerika Syarikat.

Pada 9.07 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.20 mata kepada 1,422.79 daripada 1,425.99 pada sesi akhir Rabu.

Pasaran ditutup semalam bersempena cuti umum Hari Wesak.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama itu dibuka susut 2.38 mata kepada 1,423.61.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 161 berbanding 119 manakala 258 kaunter lain tidak berubah; 1,695 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 190.56 juta unit bernilai RM64.17 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup lebih rendah untuk hari keempat berturut-turut berikutan timbulnya semula kebimbangan mengenai kemelut perbankan di negara itu.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 286 mata atau 0.86 peratus manakala Nasdaq turun 0.49 peratus atau 58.93 mata.

Di Hong Kong, saham-saham ditutup lebih tinggi ketika pelabur menjangkakan kemungkinan penangguhan kenaikan kadar faedah.

Di peringkat domestik, beliau berkata indeks FBM KLCI ditutup dalam wilayah negatif selepas Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kejutan dengan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

“Kami percaya pasaran tempatan akan menyaksikan beberapa cabaran, khususnya saham perbankan dan hartanah susulan langkah BNM memperketat dasar monetari walaupun aktiviti memburu saham berharga rendah akan turut ketara.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan bahawa indeks utama itu mempamerkan aliran mendatar dalam jajaran 1,420-1,430 mata untuk hari ini,” kata Thong kepada Bernama.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.70; Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM3.91 dan RM5.07; Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM7.18, CelcomDigi rugi tiga sen kepada RM4.41 manakala Tenaga naik satu sen kepada RM8.99.

Saham aktif menyaksikan Revenue Group menokok dua sen kepada RM3.70; KNM dan Bahvest meraih satu sen masing-masing kepada enam sen dan 22.5 sen manakala Jade Marvel dan MYEG masing-masing untung setengah sen kepada 28.5 sen dan 82.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 22.44 mata kepada 10,425.68; Indeks FBMT 100 berkurangan 22.80 mata kepada 10,117.32 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 27.53 mata kepada 10,758.95.

Indeks FBM ACE susut 6.16 mata pada 5,207.14 dan Indeks FBM 70 berkurangan 30.90 mata kepada 13,524.21.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.75 mata kepada 170.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 6.41 mata kepada 15,582.38; Indeks Tenaga menguncup 3.98 mata kepada 829.50 manakala Indeks Perladangan susut 39.47 mata kepada 6,787.14.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awalWall Street
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In