• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila kebimbangan terhadap sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) muncul kembali menjelang keputusan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat hari ini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.79 mata kepada 1,422.32 daripada 1,426.11 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 2.21 mata lebih rendah kepada 1,423.90.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 215 berbanding 109, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,655 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 269.03 juta unit bernilai RM83.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 367 mata, manakala Nasdaq ditutup 132 mata lebih rendah walaupun hasil berjangka 10 tahun Perbendaharaan AS berakhir rendah pada 3.43 peratus.

Beliau berkata di peringkat tempatan, FBM KLCI meningkat kembali untuk ditutup di atas paras 1,425 semalam.

“Walau bagaimanapun, kami berpandangan aktiviti pembelian akan reda hari ini menjelang cuti umum esok (Khamis), justeru kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,420 hingga 1,430.

“Sementara itu, kami yakin saham minyak dan gas akan mengalami lebih banyak cabaran hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah ekoran jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah, ditambah dengan permintaan lemah dari China yang menyaksikan minyak mentah Brent merosot kepada kira-kira US$75 setong, ” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Tenaga turun dua sen kepada RM8.95, Petronas Chemicals kurang empat sen kepada RM7.16 dan Petronas Gas susut 22 sen kepada RM17.00.

Bagi saham wajaran tinggi yang lain, Maybank, Public Bank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM8.68, RM3.92 dan RM4.40 manakala CIMB susut dua sen kepada RM5.07 dan IHH Healthcare menguncup tujuh sen kepada RM5.77.

Antara saham aktif, Hong Seng dan Vinvest masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 20.5 sen, Destini menambah satu sen kepada 8.5 sen, Pelikan turun satu sen kepada 76 sen dan Bahvest kurang tiga sen kepada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.17 mata kepada 10,428.83, Indeks FBMT 100 menguncup 25.55 mata kepada 10,115.61 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 33.29 mata kepada 10,764.51.

Indeks FBM ACE merosot 31.17 mata kepada 5,285.45 dan indeks FBM 70 kurang 28.33 mata kepada 13,528.97.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.95 mata kepada 171.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.34 mata kepada 15,596.38 dan Indeks Tenaga kurang 7.16 mata kepada 838.66.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 2.46 mata kepada 6,795.40.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIFedRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In