• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Suria Capital Optimis Prospek 2023 Meski Berhadapan Faktor Luaran

in Catalyst, Saham
A A
Suria Capital Optimis Prospek 2023 Meski Berhadapan Faktor Luaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KOTA KINABALU, 1 Mei  (Bernama) — Suria Capital Holdings Bhd (SuriaGroup), yang mengendalikan pelabuhan dan terminal minyak utama di Sabah, menjangkakan 2023 akan mencabar disebabkan faktor luaran global tetapi kekal optimistik terhadap prospeknya di tengah-tengah perkembangan positif dalam perniagaannya.

Dalam satu kenyataan, ia berkata lanjutan tempoh konsesi untuk anak syarikat milik penuh Sabah Ports Sdn Bhd sehingga tahun 2064 akan membolehkan kumpulan itu meneruskan program pembesaran dan naik taraf pelabuhannya untuk berkhidmat kepada ekonomi negeri Sabah.

SuriaGroup juga menyatakan bahawa Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP) dekat sini, yang kini mempunyai kapasiti 500,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), dijangka mengendalikan sehingga sejuta TEU berikutan kerja-kerja pembesaran siap pada 2025.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Serentak dengan itu, kerja-kerja pembinaan jeti tambahan di Terminal Minyak Teluk Sepanggar sedang berjalan dengan pantas bagi memenuhi sasaran permulaan operasi pada suku ketiga 2023.

“Terminal Kargo Konvensional Teluk Sepanggar, sebagai komponen terakhir SBCP, akan dibina pada 2023 dan dijangka siap pada 2027, untuk menampung pengendalian kargo am dan penyediaan perkhidmatan sampingan untuk sektor minyak dan gas,” katanya.

Menurut laporan tahunan terkininya, operasi pelabuhan menyumbang 78.5 peratus daripada jumlah hasil kumpulan itu, yang turut terlibat dalam aktiviti daripada pembangunan hartanah hingga pembinaan.

Ia turut menyatakan bahawa pada 16 Jan 2023, Pelabuhan Sabah menerima kelulusan daripada Kabinet Sabah untuk menjalin kerjasama strategik dengan DP World, penyedia terkemuka logistik rantaian bekalan pintar menyeluruh di seluruh dunia.

Bidang utama kerjasama itu ialah pengurusan dan operasi SBCP serta pelaburan logistik dan infrastruktur rantaian bekalan di Sabah.

“Ini dijangka membantu mempercepatkan inisiatif hab pemindahan penghantaran dengan cadangan nilai tambah yang akan dibawa oleh DP World ke Pelabuhan Sabah dan negeri ini secara amnya,” katanya.

— BERNAMA.

Tags: Pelabuhan Bersepadu Teluk SepanggarPelabuhan SabahSabahSuriaGroup
Share253ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In