• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Radium Development Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama, Sasar Kumpul RM434 Juta IPO

in Saham
A A
Radium Development Bakal Disenaraikan Di Pasaran Utama, Sasar Kumpul RM434 Juta IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Radium Development Bhd (Radium), pemaju hartanah yang berpusat di Kuala Lumpur, melancarkan prospektusnya hari ini bersempena dengan cadangan penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 31 Mei, 2023. 

Syarikat itu menyasar mengumpulkan RM434 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dengan tujuan untuk mengukuhkan operasinya di Kuala Lumpur terutamanya dengan menambah simpanan tanah bagi pembangunan pada masa depan. 

Pengarah Urusan Kumpulan Radium Datuk Gary Gan berkata semua projek syarikat itu terletak di Kuala Lumpur dan kesemuanya telah habis terjual walaupun dilancarkan semasa tempoh kemuncak pandemik COVID-19 pada 2020. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Kami memperuntukkan sebanyak RM171 juta daripada hasil IPO kami bagi pembelian tanah dan pembangunan projek di Kuala Lumpur,” kata Gan pada sidang media selepas majlis pelancaran prospektus tersebut, hari ini.

“Buat permulaan, kami memeterai perjanjian usaha sama yang berpotensi untuk melancarkan satu pembangunan di Mukim Batu pada separuh pertama 2024. Kami juga telah menyenarai pendek tiga bidang tanah di Mukim Petaling untuk dibeli dan dibangunkan bersama,” katanya.

Menurutnya, ini menyokong komitmen syarikat sebagai pemaju berpusat di Kuala Lumpur yang menumpukan kepada rumah mampu milik berharga antara RM300,000 dan RM600,000.

Radium dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah RM434 juta hasil IPO itu, RM171 juta telah diperuntukkan bagi pembelian tanah dan perbelanjaan pembangunan dan RM109.3 juta bagi pembinaan hotel. 

“Sebanyak RM93.9 juta diperuntukkan bagi pembayaran semula pinjaman bank, RM39.8 juta bagi modal kerja dan baki RM20 juta bagi perbelanjaan penyenaraian.

“Tawaran IPO Radium melibatkan terbitan awam 868 juta saham baharu, mewakili 25 peratus daripada modal saham diperbesarkan pada RM0.50 sesaham. Tiada komponen tawaran untuk jualan dan semua hasil akan disalurkan kepada kumpulan,” katanya. 

Syarikat itu juga berkata bahawa mereka ingin menetapkan dasar dividen “tidak kurang daripada 30 peratus” daripada keuntungan disatukan selepas cukai.

Permohonan untuk IPO Radium kini dibuka dan akan tamat pada 16 Mei, 2023, pukul 5 petang.

Malacca Securities Sdn Bhd merupakan penasihat prinsipal, penaja jamin urusan dan ejen tawaran saham bersama, manakala CIMB Investment Bank Bhd adalah penaja jamin bersama dan ejen tawaran saham bersama.

— BERNAMA

Tags: IPO
Share297ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In