• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit, Jejaki Trend Menaik Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat sedikit ketika memulakan dagangan pada pagi urus niaga Jumaat ini, mengambil petunjuk daripada trend menaik semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah  0.15 mata kepada 1,418.20 daripada penutupan Khamis pada 1,418.05.

Indeks barometer utama dibuka pada paras 1,418.24, naik 0.19 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan juga positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 155 berbalas 116, manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,801 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 134.73 juta unit bernilai RM55.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS lebih rendah daripada jangkaan untuk suku pertama 2023 yang menunjukkan kemelesetan semakin hampir, ekuiti AS telah melonjak, disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh.

Purata Dow Jones Industrial (DJI) meningkat sebanyak 524 mata, manakala Nasdaq menambah 288 mata.

“Di dalam negara, FBM KLCI dijangka bergerak dalam aliran yang lebih tinggi hari ini dan berlegar dalam julat 1,420-1,430 dengan minat kembali kepada sektor teknologi selepas mempamerkan trend menurun selama tujuh hari.

“Bagaimanapun, saham perladangan mungkin berhadapan masalah berikutan harga minyak sawit mentah yang semakin lemah, merosot kepada bawah RM3,500 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank susut satu sen kepada RM8.69, CelcomDigi turun dua sen menjadi RM4.38, manakala Public Bank dan CIMB naik satu sen masing-masing pada RM3.90 dan RM5.08 dan Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM7.07.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden turun setengah sen menjadi tiga sen, Jade Marvel tidak berubah pada 28 sen, manakala Computer Forms meningkat satu sen kepada 29 sen, Aimflex naik setengah sen kepada 19 sen dan SMRT menambah dua sen untuk mencatatkan harga 70.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 1.19 mata kepada 10,410.63, Indeks FBMT 100 kerugian 1.38 mata kepada 10,093.35 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 4.33 mata kepada 10,744.65.

Indeks FBM ACE mengukuh 14.56 mata pada 5,366.96, manakala indeks FBM 70 turun 11.92 mata kepada 13,528.31.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.15 mata kepada 171.01, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.16 mata kepada 15,559.87, Indeks Tenaga susut 1.66 mata kepada 845.68 dan Indeks Perladangan menguncup 14.95 mata pada 6,840.72.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In