• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Memburu Saham Murah Dorong Dagangan Bursa Malaysia Kembali Meningkat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 April  (Bernama) — Kegiatan memburu saham murah membabitkan saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan Khamis walaupun Wall Street mempamerkan prestasi lemah semalaman, kata seorang penganalisis.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.17 mata kepada 1,415.42 daripada 1,414.25 penutup Rabu.

Indeks barometer dibuka 2.19 mata lebih baik pada paras 1,416.44.

Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 150 berbanding 129, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 181.42 juta unit bernilai RM66.72 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup lemah kerana pelabur bimbang akan situasi First Republic Bank selain kesihatan keseluruhan sektor perbankan membayangi pendapatan kukuh daripada syarikat teknologi besar.

“Oleh itu, walaupun Nasdaq ditutup 55 mata lebih tinggi, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) susut 229 mata dengan hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi pada 3.445 peratus.

“Di pasaran tempatan pula, keseluruhan dagangan kekal hambar, disebabkan ketiadaan pemangkin baharu daripada jualan jelas bagi saham berkaitan kewangan dan tenaga,” katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata Rakuten Trade berpendapat sentimen akan kekal berhati-hati walaupun terdapat beberapa aktiviti memburu saham murah akan muncul tidak lama lagi dan indeks dijangka berada dalam julat antara 1,410 dan 1,420 hari ini.

“Sementara itu, kebimbangan terhadap sektor perbankan AS terus menjejaskan harga minyak mentah dengan minyak mentah Brent susut ke bawah US$78 setong,” tambahnya.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank naik tiga sen kepada RM8.64 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM5.06, manakala Public Bank dan CelcomDigi tidak berubah masing-masing pada RM3.89 dan RM4.40 dan Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM7.12.

Bagi saham aktif, Classita dan Kronologi Asia masing-masing menambah 2.5 sen kepada 18.5 sen dan 61 sen, Vinvest naik setengah sen menjadi 20.5 sen dan Yong Tai meningkat 1.5 sen kepada 34 sen, manakala Star Media kerugian 1.5 sen kepada 60 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 2.17 mata kepada 10,394.25, Indeks FBMT 100 naik 2.91 mata menjadi 10,080.59, tetapi Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 2.21 mata kepada 10,748.56.

Indeks FBM ACE pula meraih 17.20 mata pada 5,367.86, manakala indeks FBM 70 turun 18.47 mata kepada 13,540.25.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.07 mata kepada 171.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.71 mata kepada 15,524.75 dan Indeks Perladangan menokok 5.90 mata kepada 6,890.36.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanWall Street
Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In