• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO KGW Group Berhad

in Saham
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO KGW Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini terdapat banyak IPO yang boleh dipohon melalui MITI. Selain di MITI, terdapat juga IPO yang boleh dipohon melalui bank. Antara saham yang baru sahaja dibuka di MITI ialah KGW Group Berhad.

Tempoh permohonan di laman web MITI adalah daripada 19 April 2023 sehingga 27 April 2023. Ini merupakan peluang bagi pelabur Bumiputera untuk memohon IPO ini. Jumlah saham yang ditawarkan di MITI adalah sebanyak 60.35 juta unit sahaja. 

Sumber: Laman web MITI

Harga tawaran indikatif bagi KGW dilihat agak menarik iaitu pada RM0.25 seunit. 

KGW bakal disenaraikan di Papan ACE Bursa Malaysia. Bank penasihat bagi penyenaraian KGW adalah TA Securities Holdings Berhad. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Walaupun anda mungkin tidak sempat untuk memohon KGW di MITI, anda juga boleh menunggu sehingga permohonan dibuka di bank kelak. Kita ambil maklum juga bahawa tempoh permohonan di MITI adalah ketika rakyat Malaysia sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidilifitri.

Sebelum anda memohon KGW Group Berhad kelak, ini merupakan 10 perkara yang anda sebagai pelabur perlu tahu.

1. Bakal Terbitkan Lebih Daripada 123.11 Juta Saham

Sumber: Bursa Malaysia

Daripada 123 juta unit saham ini, 79 juta ditawarkan kepada pelabur awam dan 43 juta ditawarkan kepada pelabur terpilih melalui private placement.

2. Lebih 15.10% Peruntukan Saham Khas Untuk Bumiputera

Sumber: Prospektus KGW Group Berhad

Daripada kesemua jumlah peruntukan unit untuk pelabur runcit tersebut, terdapat 15.10% saham tersebut diperuntukkan khas kepada bumiputera dan selebihnya untuk warganegara Malaysia yang lain dan untuk pelabur runcit asing.

3. Pengasas KGW Group Berhad

Sumber: South China Morning Post

KGW Logistics diasaskan oleh Roger Wong pada tahun 2005 ketika beliau baru sahaja berusia 24 tahun. Pada ketika itu, beliau percaya kepentingan untuk membentuk sekumpulan pasukan berkepakaran tinggi yang terdiri daripada individu yang tepat. Pendekatan ini telah berjaya mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan-pelanggannya. 

Setelah 18 tahun beroperasi, Roger Wong telah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri ini dan telah bersedia untuk membawa syarikatnya ke Bursa Malaysia.

4. Perniagaan Syarikat

Sumber: KGW Logistics

Kegiatan utama KGW adalah pemegangan pelaburan. Kegiatan perniagaan utama kumpulan KGW termasuk perkhidmatan logistik seperti:

  • Perkhidmatan pengangkutan laut
  • Perkhidmatan pengangkutan udara
  • Pergudangan dan pengedaran produk
  • Penghantaran tempatan
  • Penyelesaian masalah mengikut kehendak pelanggan

Gambar di bawah merupakan antara projek yang pernah dikendalikan oleh KGW Logistics.

Sumber: KGW Logistics

5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Sumber: Prospektus

Sumber: Prospektus

Dana yang diraih daripada para pelabur nanti akan digunakan untuk :

  • Pengubahsuaian hartanah syarikat
  • Membayar balik pinjaman bank
  • Modal kerja
  • Kos penyenaraian

Setakat ini (23.04.2023) peratusan atau jumlah yang akan digunakan bagi setiap penggunaan dana IPO tersebut belum lagi diketahui sehinggalah pelancaran prospektus kelak.

6. Pendapatan Syarikat

Sumber: Prospektus

Pendapatan bersih syarikat dilihat meningkat dengan baik bagi 3 tahun yang terakhir. Ini memberikan keyakinan tambahan kepada pelabur untuk melabur ke dalam syarikat ini. Data ini juga menunjukkan bahawa KGW tidak terkesan teruk daripada pandemik yang telah melanda pada tahun 2020.

7. Pemegang Utama

Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada prospektus, antara pemegang saham terbesar KGW adalah Dato Roger Wong, Cheok Hui Yen dan Chow Enn Jie.

8. Kekuatan Syarikat

Kekuatan pada KGW tertumpu pada:

  • KGW merupakan penyedia perkhidmatan logistik dengan rekod yang baik 
  • Mempunyai pelanggan yang pelbagai dan sedang berkembang
  • Mempunyai hubungan yang kukuh bersama pelanggan sedia ada
  • Barisan pengurusan yang berpengalaman tinggi
  • Mempunyai rangkaian pembekal yang mantap dari seluruh rantau dunia

9. Status Syariah 

Sumber: Prospektus KGW Group Berhad

Status syariah KGW Group Berhad telah diluluskan oleh SAC (Shariah Advisory Council) ataupun badan penasihat syariah Malaysia.

10. Polisi Dividen

Sumber: Prospektus

Berdasarkan prospektus, buat masa ini KGW belum mempunyai polisi dividen yang tetap. Seperti yang kita ambil maklum syarikat tidak wajib mengagihkan dividen. Namun, sudah tentu syarikat yang mengagihkan dividen menarik perhatian para pelabur untuk terus melabur dalam syarikat.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPO
Share940ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In