• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Kadar Faedah AS Dijangka Naik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan jangkaan terdapatnya satu lagi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada awal Mei, kata seorang penganalisis.

Pada  9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.46 mata kepada 1,429.90 daripada penutupan Selasa pada 1,432.36.

Indeks barometer dibuka pada paras 1,431.57, turun 0.79 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 141 berbalas 99, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 247.28 juta unit bernilai RM97.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) ditutup 10 mata lebih rendah pada Selasa, manakala Nasdaq tidak berubah dan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS susut di bawah tahap 3.58 peratus.

Di dalam negara, beliau berkata pengumpulan oleh dana asing dapat dilihat, namun ia tidak cukup signifikan untuk memberi kesan besar menjelang cuti panjang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Oleh itu, kami mengunjurkan dagangan di bursa tempatan kekal lesu dan indeks mungkin terperangkap dalam mod stabil pada tahap semasa dan berlegar dalam julat 1,430-1,440 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.71, manakala Public Bank susut dua sen menjadi RM3.96, Petronas Chemicals turun lima sen untuk mencatatkan harga RM7.35, CIMB rendah tiga sen kepada RM5.22 dan CelcomDigi kerugian satu sen kepada RM4.45.

Bagi saham aktif, Hong Seng tidak berubah pada 13 sen, Pharmaniaga menambah empat sen kepada 41.5 sen, SNS Network meningkat setengah sen kepada 28.5 sen dan Vinvest Capital menambah satu sen kepada 20 sen manakala Salutica susut 44 sen menjadi RM1. 21.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 20.74 mata kepada 10,519.74, Indeks FBMT 100 lemah 21.80 mata kepada 10,200.40 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 19.63 mata menjadi 10,870.26.

Indeks FBM ACE pula menyusut  7.55 mata pada 5,382.16 dan indeks FBM 70 berkurangan 47.05 mata kepada 13,770.02.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.37 mata kepada 174.02, Indeks Perladangan turun 5.91 mata kepada 6,878.73 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 23.48 mata kepada 15,707.98.

— BERNAMA


Tags: Bursa Malaysiadana asingFBM KLCIFOMCThong Pak Leng
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In