• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Rakuten Trade Ubah Yuran Broker Untuk Galakkan Perdagangan Runcit

in Saham
A A
Rakuten Trade Ubah Yuran Broker Untuk Galakkan Perdagangan Runcit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Yuran broker baharu bermula daripada RM1 – RM100. 

KUALA LUMPUR,13 April 2023 – Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade), broker ekuiti digital sepenuhnya yang pertama Malaysia, telah mengumumkan  keputusannya untuk membuat perubahan besar kepada kadar brokernya mulai 17 April 2023. 

Kadar minimum akan diturunkan daripada RM7 kepada RM1dengan kadar maksimum dikekalkan pada RM100. Kadar baharu ini akan diguna pakai untuk  semua pasaran yang ditawarkan di Rakuten Trade, iaitu Bursa Malaysia,  NYSE/NASDAQ, dan Hong Kong Exchange (HKEX). 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rakuten Trade, En. Kazumasa Mise, “Struktur harga baharu ini bertujuan menggalakkan penyertaan pelabur runcit dan  menjadikan perkhidmatan broker ekuiti digital lebih mesra kepada rakyat. Pada Mei 2017, Rakuten Trade berjaya mengurangkan halangan penyertaan, dan tidak lama  lagi, akan mencapai satu lagi mercu jaya dengan mengurangkan sekatan menjual  beli saham. Dengan menjadikan pelaburan lebih termampu dan memberi peluang  kepada lebih ramai lagi orang untuk melabur, pelaburan digital kini lebih mudah  diaskses oleh pelabur yang ingin mengembangkan kekayaan mereka.” 

Menyusuli pelancaran kemudahan perdagangan di HKEX baru-baru ini, Rakuten Trade juga akan mengubah suai program struktur ganjarannya. Ekosistem  ganjaran pemenang anugerah ini memberi pelabur 1 mata Rakuten Trade (RT) bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada yuran broker. Ini akan memberikan pelabur cara  yang lebih pantas untuk mendapatkan rebat yuran broker berbanding sebelumnya. 

En. Mise berkata di Rakuten Trade, mereka ingin memperkasakan pelabur untuk  membina kekayaan melalui diversifikasi portfolio. “Pelabur runcit kini semakin  penting kepada banyak syarikat broker. Walaupun dengan pelbagai ketidakpastian  baru-baru ini, keadaan ini tidak menghalang pelabur runcit daripada mengambil  peluang untuk memasuki pasaran. 

“Dalam tempoh 12 bulan lepas, kami telah mencatatkan jumlah pembukaan akaun  baharu, hampir 2,000 sebulan dengan strategi perdagangan masih tidak berubah,  dengan menggunakan titik pencetus sama bulan demi bulan. Ini menunjukkan  kepada kami bahawa pelabur runcit tertarik dengan kemudahan dan capaian yang  disediakan oleh platform perdagangan dalam talian. Bagi memenuhi keperluan pelabur runcit, kami akan turut menyediakan perdagangan pecahan saham bagi  saham-saham AS menjelang akhir bulan.”  

Sehingga 31 Mac 2023, Rakuten Trade telah mengaktifkan lebih daripada 260,000 akaun dan mengendalikan hampir RM115bilion dalam nilai perdagangan sejak hari pertama perniagaan. (Mei 2017). Aset pelanggan di bawah pentadbirannya  berjumlah lebih RM3.7bilion. 

Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pemberitahuan sahaja. Rakuten Trade bukan (belum) platform broker yang patuh syariah. Sama-sama kita tunggu jika Rakuten jadi platform patuh syariah.

Tags: Bursa Malaysia
Share313ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In