• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, IHPR AS Dilihat Lebih Memihak Kepada Pertumbuhan Ekonomi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 April  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang memberangsangkan disebabkan oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang dilhat lebih memihak kepada pertumbuhan ekonomi.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengembang 2.53 mata kepada 1,436.75 daripada penutup semalam pada 1,434.22.

Indeks utama dibuka pada paras 1,434.84, meningkat 0.62 mata.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 167 berbalas 92, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,773 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 222.99 juta unit bernilai RM77.74 juta.

Data PPI AS merosot kepada 2.7 peratus tahun ke tahun pada bulan Mac berbanding 4.9 peratus pada Februari — bacaan terendah sejak Januari 2021.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meningkat apabila peniaga menyambut baik data PPI terkini yang lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus menunjukkan inflasi di AS mungkin semakin reda.

“Kami berpendapat pasaran serantau akan lebih menonjol hari ini, begitu juga dengan bursa tempatan dan indeks diunjur berlegar dalam julat 1,435-1,445 hari ini, dengan minat belian kembali ke kaunter berkaitan teknologi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing menokok satu sen untuk mencatatkan harga RM8.72 dan RM9.16, Petronas Chemicals mengukuh lapan sen kepada RM7.48 dan CIMB naik dua sen kepada RM5.22 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3 .99.

Bagi saham aktif pula, Hong Seng, CSH Alliance dan Niche Capital Emas, kesemuanya meningkat lima sen kepada 13.5 sen, lima sen dan 17 sen, My EG memperoleh 1.5 sen kepada 89 sen manakala Wellspire susut setengah sen menjadi 37 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 19.10 mata kepada 10,590.52, Indeks FBMT 100 menambah 17.73 mata kepada 10,269.39 manakala Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 25.92 mata kepada 10,966.20

Indeks ACE FBM pula mengukuh 49.60 mata menjadi 5,418.79 dan indeks FBM 70 meraih 22.43 mata kepada 13,946.27.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.81 mata kepada 176.30, Indeks Perladangan menambah 7.26 mata kepada 6,884.60 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.22 mata menjadi 15,766.06 dan Indeks Tenaga berkurangan 24.6 mata untuk mencatatkan paras 886.08.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIHPRWall Street
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In