• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Luluskan Pelan Penyusunan Semula FSBM

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Luluskan Pelan Penyusunan Semula FSBM
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Pelan penyusunan semula FSBM Holdings Bhd, yang meliputi langkah pengurangan modal, terbitan saham dan terbitan hak saham dengan waran percuma, telah diluluskan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat ini menjelaskan cadangan terbitan saham itu adalah berkaitan dengan 60 juta saham langganan, yang akan diterbitkan kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pang Kiew Kun dan Low Kang Wei pada harga langganan lapan sen sesaham.

FSBM menambah cadangan terbitan hak boleh lepas itu, berjumlah 236.66 juta saham hak, akan berdasarkan satu saham hak bagi setiap satu saham sedia ada FSBM yang dipegang pada harga terbitan tiga sen sesaham hak berserta sehingga 118.33 juta waran percuma berdasarkan satu waran bagi setiap dua saham hak yang dilanggan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Tarikh kelayakan akan ditentukan kemudian.

Sejak pengumuman mengenai cadangan pelan penyusunan semula pada 15 Okt 2021, pihak syarikat, antara lain, telah mengembangkan pasukannya dan secara aktif membida dan memperoleh kontrak baharu, menurut FSBM.

“Hasil daripada cadangan pengumpulan dana yang disebutkan akan digunakan terutama untuk pengembangan perniagaan perkhidmatan teknologi maklumat sedia ada syarikat dan tujuan modal kerja.

“Pelan penyusunan semula yang dicadangkan itu berfungsi menyelaraskan keadaan kewangan syarikat bagi menangani dan memulihkan status PN17,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: FSBM Holdings Bhdpelan penyusunan semulapn17Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahirterbitan hak
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In