• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UMW Aerospace Dianugerahkan Kontrak Baharu Untuk Keluarkan Selongsong Bagi Enjin Pesawat Rolls Royce

in Catalyst
A A
Kumpulan UMW Mendaftarkan Jualan Automotif Yang Baik, Catat Jualan Sebanyak 24,983 Unit Pada Julai 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — UMW Aerospace Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak baharu daripada Rolls Royce untuk mengeluarkan selongsong bagi enjin pesawat Rolls Royce Trent 1000 dan Trent 7000 dengan nilai pelaburan sehingga RM65 juta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau, jumlah pelaburan tersebut oleh UMW Aerospace adalah bagi menyediakan pengilangan kimia dan proses berkaitan untuk mengeluarkan barangan terbabit.  

Buat masa ini, katanya selongsong tersebut diimport dari luar negara dan dipasang menjadi sarung kipas yang lengkap di fasiliti UMW Aerospace. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagi kontrak baharu, nilai bekalan adalah kira-kira RM1 bilion selama 15 tahun.

“Kami menyedari mengenai pentingnya industri ini dan impak yang berganda adalah jauh lebih baik daripada industri lain,” katanya.

Justeru, katanya penganugerahan kontrak tersebut jelas membuktikan bahawa syarikat multinasional terkemuka menganggap landskap perindustrian negara sebagai stabil dan kondusif bagi rantaian bekalan global mereka.

“Kita juga sama-sama menumpang bangga kerana UMW Aerospace akan menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara yang membangunkan keupayaan pengilangan kimia untuk industri aeroangkasa,” katanya semasa lawatan tapak ke UMW Aerospace di Serendah hari ini. 

Ia merupakan kontrak kedua daripada Rolls-Royce dalam tempoh lapan tahun.

Pada 2015, UMW Aerospace menjadi syarikat pertama di Malaysia yang dipercayai untuk membekalkan komponen enjin aero Tier 1 kepada Rolls-Royce selepas menerima kontrak selama 30 tahun untuk mengeluar dan memasang bekas kipas untuk enjin pesawat Rolls Royce Trent 1000 dan Trent 7000.

“MITI juga menghargai usaha berterusan UMW Aerospace ke arah amalan mampan seperti pemasangan panel solar di atas bumbung untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui serta pengumpulan air hujan untuk operasinya dan melayakkan UMW Aerospace menjadi ahli Kumpulan Kerja Kelestarian Rolls-Royce sendiri,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan mengambil maklum impak strategik yang disumbangkan oleh syarikat ini kepada pembangunan industri aeroangkasa negara, selaras dengan objektif yang diutarakan oleh Pelan Tindakan Aeroangkasa Malaysia 2030.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, Presiden Rolls Royce Asia Tenggara, Pasifik dan Korea Selatan Dr Bicky Bhangu berkata sokongan berterusan kerajaan Malaysia terhadap sektor aeroangkasa telah menjadi contoh dan Rolls Royce berbangga untuk memainkan peranan dalam menyokong pembangunan seterusnya.   

“Kami terus menganggap negara sebagai yang mempunyai potensi besar, bukan sahaja dalam bidang aeroangkasa, tetapi juga keupayaannya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih luas dan menyumbang secara positif kepada rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya,” katanya.

Dalam beberapa dekad, katanya Rolls Royce telah mendapat manfaat daripada pelbagai kepakaran, kemahiran dan perspektif dari Malaysia, selain keupayaan pembuatannya dan rantaian bekalan yang baik.

“Ini akan dapat dilihat daripada selongsong berkualiti tinggi yang akan dibekalkan oleh UMW Aerospace dan kami menantikan fasa seterusnya daripada kerjasama ini,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: kontrakMITIRolls RoyceUMW Aerospace
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In