• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Menjelang Pengeluaran Data IHP AS, Laporan Pendapatan Bank

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka mendatar pagi ini menjelang pengeluaran data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) serta beberapa siri laporan pendapatan bank untuk memulakan musim pendapatan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.24 mata kepada 1,428.37 daripada penutup semalam pada 1,428.13.

Indeks utama dibuka pada paras 1,429.12, lebih tinggi sebanyak 0.99 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 127 berbalas 107, manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,759 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 232.12 juta unit bernilai RM65.16 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini,  Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman kerana pelabur mencari petunjuk baharu daripada data IHP AS yang akan dikeluarkan pada Rabu serta pendapatan bank-bank utama iaitu JP Morgan, Wells Fargo dan Citigroup minggu ini.

Selain itu, ia menjangkakan aktiviti memburu saham murah berterusan dengan mengharapkan pemulihan selanjutnya dalam pasaran buruh berikutan kadar pengangguran yang lebih baik, turun kepada 3.5 peratus pada bulan Februari.

Bagi fokus sektor pula, firma pembrokeran itu berkata pelabur mungkin memihak kepada kaunter minyak dan gas memandangkan harga minyak kekal kukuh.

“Pada masa yang sama, pelabur mungkin menyaksikan aktiviti memburu saham murah yang seterusnya dalam sektor defensif seperti telekomunikasi, perbankan dan keperluan pengguna.

“Sementara itu, sektor penjagaan kesihatan turut memperoleh momentum,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM8.67, CIMB meningkat satu sen menjadi RM5.19, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM3.89 dan RM7.40 manakala Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM9.12.

Bagi saham aktif, Hong Seng, Leform dan Tanco masing-masing naik satu sen untuk mencatatkan harga 12.5 sen, 23.5 sen dan 47.5 sen, Barakah Offshore Petroleum menokok 1.5 sen kepada 6.5 sen manakala Dolphin International kekal pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 1.79 mata kepada 10,502.88, Indeks FBMT 100 memperoleh 1.24 mata menjadi 10,185.96 dan Indeks FBM ACE menokok 2.85 mata pada 5,306.39.

Indeks FBM 70 pula susut  0.38 mata kepada 13,735.93  manakala Indeks Syariah Emas FBM turun 4.04 mata kepada 10,853.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 19.10 mata kepada 15,723.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.05 mata kepada 174.21 dan Indeks Perladangan meningkat 5.29 mata kepada 6,813.01  manakala Indeks Tenaga susut 1.38 mata kepada 863.03.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIHPMalacca Securities
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In