• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Powerwell Raih Kontrak RM40 Juta Daripada Syarikat Solar Bangladesh

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Powerwell Raih Kontrak RM40 Juta Daripada Syarikat Solar Bangladesh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Powerwell International Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, berjaya memperoleh tempahan pembelian (PO) bernilai RM40 juta daripada syarikat pembekal solar di Bangladesh, Dynamic Sun Energy Private Ltd yang juga unit Paramount Group Bangladesh.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar peralatan bekalan kuasa elektrik bervoltan rendah (LV) dan voltan sederhana (MV) itu berkata PO baharu tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih disatukan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.

“Powerwell International akan membekal panel suis MV menggunakan panel penebat 33 kilovolt dan 800 volt LV serta peralatan sokongan lain bagi PO semasa yang dijangka dapat dipenuhi menjelang September 2023 kepada projek loji tenaga solar baharu kumpulan Paramount di Bhabanipur, Pabna, Bangladesh.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Projek itu adalah sebahagian daripada rancangan kumpulan Paramount untuk mempelbagai perniagaannya dalam tenaga dan sektor tenaga hijau,” katanya.

Pengarah Urusan Powerwell International Datuk Adam Yee berkata PO itu diperoleh selepas meraih kontrak RM7.14 juta dengan Siemens Industrial Ltd pada bulan lepas, projek pertama Powerwell di Bangladesh pada 2023 bagi membekal papan suis LV untuk syarikat pengeluar pakaian dan benang serta dua projek pembesaran bagi kilang pakaian dan kilang celupan benang di Bangladesh.

Dalam pada itu, rakan niaga tempatan Powerwell di Bangladesh, Industrial Engineering Solutions Ltd, akan mengendalikan aspek pemasangan, pengujian dan pentauliahan peralatan dibekalkan serta perkhidmatan selepas jualan dan kejuruteraan.

Syarikat itu menyifatkan projek antarabangsa terbabit akan membantu Powerwell menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat-syarikat di Bangladesh serta negara-negara lain di rantau itu selain memahami pasaran lebih baik, mengenal pasti peluang perniagaan baharu dan mengembangkan operasinya di masa depan.

— BERNAMA

Tags: BangladeshDynamic Sun Energy PrivatePOPowerwell Holdingssolar
Share274ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In