• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Harn Len Ambil Alih 100 Peratus Kepentingan Dalam Almal Resources Dengan Nilai RM54.72 Juta

in Catalyst
A A
Harn Len Beli Seluruh Kepentingan ARSB Daripada Mohamed Nizam Jakel Pada RM54.71 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Harn Len Corp Bhd mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Almal Resources Sdn Bhd (ARSB) daripada Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel dengan nilai RM54.72 juta.

Dalam kenyataan hari ini, Harn Len berkata pertimbangan pembelian itu akan dipenuhi melalui terbitan dan peruntukan sebanyak 31.27 juta saham baharu syarikat itu dan pertimbangan tunai sebanyak RM32.83 juta.

Resolusi itu telah diundi dan dilaksanakan dengan sewajarnya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Harn Len berkata selepas pengambilalihan tersebut, Mohamed Nizam akan menjadi antara pemegang saham utamanya dengan 5.5 peratus kepentingan.

Mohamed Nizam, seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam operasi harian perniagaan keluarganya, Jakel Group of Companies, terlibat dalam peruncitan dan pembuatan tekstil serta pembangunan hartanah.

“Pengambilalihan ARSB memberi peluang kepada syarikat untuk mempelbagaikan perniagaan perladangannya daripada kelapa sawit kepada tanaman lain.

“Pada masa sama, ARSB dan anak syarikatnya Pahang Coconut Valley Corp Sdn Bhd (PCVCSB) akan menjadi anak syarikat milik penuh Harn Len, yang seterusnya, mempunyai hak ke atas pajakan tanah perladangan selama 60 tahun di Rompin, Pahang,” katanya.

Bagi jumlah keluasan tanah seluas 1,639.37 hektar, Har Len menganggarkan kawasan untuk tanaman kira-kira 1,618.74 hektar manakala baki 20.23 hektar akan digunakan untuk tujuan infrastruktur.

Sehingga 10 Mac 2023, PCVCSB telah menanam kelapa sawit seluas 121.41 hektar dan nanas seluas 214.48 hektar.

Ketua Pegawai Operasi Harn Len Low Yew Yern berkata ladang nanas boleh menjana pendapatan yang lebih cepat untuk kumpulan dan mengurangkan kebergantungan kepada ladang kelapa sawit.

“Kumpulan berhasrat untuk menggunakan sehingga 404.69 hektar tanah untuk tanaman nanas tertakluk kepada penilaian kebolehlaksanaan selanjutnya yang akan dijalankan.

“Kami menjangka untuk memulakan penanaman nanas dalam tempoh enam bulan selepas selesai cadangan pengambilalihan ARSB,” kata Low.

— BERNAMA

Tags: ARSBHarnLennizam jakelPCVSB
Share279ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In