• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah serta kegiatan memburu saham berharga murah yang berterusan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.43 mata kepada 1,428.47 daripada 1,427.04 pada penutup Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 0.85 mata lebih tinggi pada 1,427.89.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 137 berbalas 119, manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,712 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 162.62 juta unit bernilai RM54.07 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng percaya keadaan pasaran akan kekal positif, disokong antaranya oleh kemunculan semula pembelian asing dan ekonomi tempatan yang bertambah baik.

“Justeru, kami berpendapat kegiatan memburu saham murah akan diteruskan dengan indeks berlegar antara 1,425 dan 1,440 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata minyak mentah Brent kekal tinggi melebihi US$81 setong dan sehubungan itu mengunjurkan kegiatan pengumpulan membabitkan saham minyak dan gas akan berlanjutan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.69, CIMB meningkat dua sen untuk mencatatkan harga RM5.18, Public Bank menokok satu sen kepada RM4 manakala Petronas Chemicals susut 13 sen menjadi RM7.37 dan TNB lemah lima sen kepada RM9. 18.

Bagi saham aktif, Salutica mengembang 7.5 sen kepada 63 sen dan Careplus meraih setengah sen kepada 36 sen manakala Techna-X, Jade Marvel dan Tanco turun setengah sen setiap satu kepada 1.5 sen, 31 sen dan 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 5.81 mata kepada 10,484.25, Indeks FBMT 100 memperoleh 9.68 mata kepada 10,170.72 dan Indeks FBM 70 meningkat 29.55 mata kepada 13,668.29.

Sementara itu, Indeks FBM ACE turun 4.72 mata kepada 5,321.96 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 2.53 mata kepada 10,820.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.71 mata kepada 15,737.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.66 mata menjadi 174.09 dan Indeks Perladangan memperoleh 28.18 mata kepada 6,759.85 manakala Indeks Tenaga berkurangan 0.45 mata kepada 863.06.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In