• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Press Metal Meterai Janji Niaga Eksport Bernilai RM780 Juta

in Catalyst
A A
Press Metal Cadang Terbitan Bonus Bagi Hargai Pemegang Saham

Kredit Gambar: Focus Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Press Metal Aluminium Holdings Bhd (Press Metal) memeterai jualan eksport segera jongkong aluminium bernilai RM110 juta dengan Daching Enterprises Ltd (Daching) dari Hong Kong, selain menandatangan janji niaga eksport selama lima tahun bagi produk yang sama bernilai RM670 juta.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjelaskan janji niaga itu ditandatangani semasa mesyuarat pada 4 April yang diadakan sempena Misi Perdagangan dan Pelaburan ke China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Matrade, Pengarah Daching dan Pengerusi Xiamen Xiashun Aluminium Foil Co Ltd, Simon Chan telah menyatakan minat kumpulan itu untuk terus mendapatkan sumber produk dari Malaysia kerana kualiti, penghantaran, kemampanan dan profesionalisme.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami berharap dapat terus memperluas kerjasama kami dengan Press Metal dan mendapatkan lebih banyak jongkong karbon rendah pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Daching adalah antara pembuat kerajang aluminium tolok nipis premium terbesar dunia, dengan kapasiti pengeluaran tahunan 120,000 tan kerajang aluminium dan 220,000 tan produk kepingan aluminium.

Produknya dijual kepada pelanggan di seluruh dunia dan digunakan secara meluas dalam pembungkusan makanan dan minuman serta produk farmaseutikal, dan sebagai kerajang katod dalam bateri untuk kenderaan elektrik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal, Datuk Koon Poh Keong berkata syarikat itu gembira dengan bantuan yang diberikan oleh Matrade dalam memperkenalkan pelanggan bereputasi seperti Daching.

“Kami berharap akan ada lebih banyak sesi padanan perniagaan, terutama sejak sempadan antarabangsa China dibuka semula sepenuhnya,” katanya.

Hong Kong kekal sebagai rakan dagang penting Malaysia, dengan perdagangan melepasi nilai RM100 bilion buat kali pertama tahun lepas iaitu mencecah RM113.20 bilion, terdiri daripada eksport bernilai RM95.60 bilion dan import bernilai RM17.60 bilion.

— BERNAMA

Tags: Hong KongMATRADEPress Metal Aluminium
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In